HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
Setiap bulan, malah setiap minggu Malaysia dipenuhi dengan konsert dari serata dunia. Dari konsert tempatan hingga antarabangsa, setiap satu akan memberikan persembahan yang cukup hebat buat peminat dan penonton mereka. Banyak nama-nama terkenal di Malaysia dan luar negara yang bakal menggegarkan pentas-pentas di Malaysia dengan konsert mereka pada bulan Ogos 2025 ini. GLAM Lelaki akan senaraikan nama-nama seperti Hael Husaini dan Baekhyun yang bakal mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Ogos 2025 ini.
#1 Hael Husaini & Repertoire
Konsert solo pertama Hael Husaini bakal hadir di Zepp Kuala Lumpur bulan Ogos ini. Hael tidak melepaskan peluang ini dengan menjemput rakan-rakan industri untuk membuat persembahan bersama pada hari pentingnya itu. Dayang Nurfaizah, Nadeera Zaini, Wany Hasrita dan Nabila Razali bakal bersama Hael di atas pentas istimewa ini. Kumpulan M-Pop baharu Malaysia, Alpha juga bakal membuat persembahan pembukaan untuk konsert itu.
Tarikh: 8 Ogos 2025
Tempat: Zepp Kuala Lumpur
Penganjur: Rocketfuel Entertainment & Astro Gempak
Tiket: Ticket2U
#2 Baekhyun Reverie 2025 Tour
Selepas enam tahun, Baekhyun akhirnya kembali ke Malaysia untuk konsert solonya. Kali ini berseorangan dan tanpa ahli EXO yang lain, Baekhyun buat pertama kalinya bakal mengadakan konsert solo di Malaysia, bertempat di Idea Live Kuala Lumpur. Penantian oleh EXO-Ls dan BBH-Ls akhirnya berakhir dan Baekhyun bakal persembahkan lagu-lagu terkenalnya seperti Bambi dan lagu baharu Elevator.
Tarikh: 23 Ogos 2025
Tempat: Idea Live Kuala Lumpur
Penganjur: iME Malaysia
Tiket: bookmyshow
#3 Riize Riizing Loud 2025 Tour
Rookie dari SM Entertainment bakal ke Kuala Lumpur untuk jelajah dunia pertama mereka. Kumpulan lagi berenam ini bakal memberi persembahan yang cukup unik dan hebat dari segi nyanyian dan tarian. Masih muda dan lincah, Riize bakal memberi persembahan yang cukup bertenaga dan menggegarkan Idea Live Kuala Lumpur dengan persembahan mereka.
Tarikh: 16 Ogos 2025
Tempat: Idea Live Kuala Lumpur
Penganjur: iME Malaysia
Tiket: bookmyshow
#4 Konsert 10 Tahun Kugiran Masdo
Dianjurkan oleh hitman solutions, Masdo bakal menyambut ulang tahun kesepuluh mereka di Zepp Kuala Lumpur bersama peminat, dengan konsert mereka. Terkenal dengan lagu seperti Dinda dan Pujaanku, karier Masdo berkembang semakin besar setiap tahun. Cukup disukai dalam kalangan anak muda, konsert mereka kali ini semestinya bakal dipenuhi dengan sokongan penuh oleh peminat-peminat mereka.
Tarikh: 31 Ogos 2025
Tempat: Zepp Kuala Lumpur
Penganjur: hitmansolutions
Tiket: Ticket2U
#5 D.O DO it! 2025 Tour
Buat konsert solonya yang kedua, D.O kembali ke Malaysia juga kali ini. Konsert pertamanya pada tahun lepas menerima sokongan ramai hingga ramai yang mengharapkan kedatangannya semula pada tahun ini. Pentasnya sentiasa menjadi kesukaan ramai, dengan nyanyian secara langsungnya yang amat merdu. Vokalis utama kumpulan EXO ini semestinya bakal memberi persembahan terindah buat peminatnya.
Tarikh: 30 Ogos 2025
Tempat: Axiata Arena Kuala Lumpur
Penganjur: UnUsUaL Entertainment
Tiket: bookmyshow
#6 Yung Kai flower, moon and star Tour
Penyanyi Chinese-Canadian ini akan ke Malaysia buat kali pertama untuk konsert solonya. Suara bak mimpi dan vokal indahnya bakal dipersembahkan di The Platform buat peminat-peminatnya. Salah satu lagu hangatnya, Blue juga bakal dipersembahkan dan menjadi penantian ramai. Penceritaannya melalui lagu bakal disambung dengan lagu Wildflower dan Do You Think You Could Love Me? di konsert solonya nanti.
Tarikh: 27 Ogos 2025
Tempat: The Platform, Menara KEN TTDI
Penganjur: Live Nation Malaysia
Tiket: Go Live Asia
Pautan Berkaitan: 8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.
GL Playlist himpunkan 7 lagu raya terbaru 2026 termasuk Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Wani Kayrie yang memeriahkan Syawal tahun ini.











