Skip to content

HOBI LELAKI MODEN YANG BUAT HIDUP LEBIH COOL!

Kongsikan artikel ini

Fitness dan hiking sememangnya sudah sinonim dengan gaya hidup hobi lelaki moden. Namun kini, ramai yang mula mencari hobi lain yang lebih santai, mendalam, dan mampu mengekspresikan sisi kreatif diri mereka. Dari seni hingga gaya hidup “slow living”, jejaka masa kini tidak lagi terikat dengan stereotaip, sebaliknya lebih berani meneroka minat baharu.

Gubahan bunga, Simbol Sensitiviti & Kreativiti

Antara hobi yang semakin mendapat perhatian kini ialah seni gubahan bunga. Dahulu sering dilihat sebagai aktiviti eksklusif wanita, kini semakin ramai lelaki memilih flower arrangement sebagai terapi dan medium ekspresi diri. Menariknya, bagi yang berminat mendalami seni ini, terdapat kelas gubahan bunga yang boleh diikuti antaranya ByFlowerBoy, yang dikelola sepenuhnya oleh selebriti tempatan HazeeqDean. Dikenali sebagai seorang pelakon dan model, Hazeeq tetap memberi sepenuh komitmen dalam membangunkan ByFlowerBoy sebagai ruang kreatif. Keperibadiannya yang versatil menjadikan jenama ini bukan sahaja wadah seni floral, tetapi juga cerminan bagaimana lelaki moden boleh meraikan kreativiti tanpa batas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Perfume Making & Pottery: Identiti Unik Lelaki

Selain itu, seni pembuatan minyak wangi juga semakin popular kerana ia membolehkan lelaki mencipta aroma tersendiri yang mencerminkan personaliti. Pertukangan tembikar pula menawarkan kepuasan “tactile”, memberi ruang untuk berkarya sambil melatih kesabaran. Kedua-dua hobi ini menunjukkan bagaimana kreativiti dapat digabungkan dengan elemen maskulin, menghasilkan gaya hidup yang lebih seimbang.

Komuniti, Koleksi & Gaya Hidup

Bagi jejaka yang cenderung kepada gaya hidup urban, mengumpul sneakers, jam tangan, atau vinyl menjadi pilihan untuk meluahkan minat. Tidak ketinggalan hobi “slow living” seperti berkebun kecil atau memelihara bonsai yang memberi ketenangan dalam hiruk-pikuk bandar. Apa jua pilihannya, jelas bahawa hobi-hobi ini bukan sekadar aktiviti masa lapang, tetapi cerminan gaya, identiti, dan cara lelaki moden meraikan kehidupan.

Artikel Berkaitan: HIKING & HEALING MENJADI TERAPI GENERASI MILENIAL

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GENERASI GL: "MILENIAL LEBIH KEPADA BAWA PENGALAMAN & GENERASI Z MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU." SHAFFUAN

GENERASI GL: “MILENIAL LEBIH KEPADA BAWA PENGALAMAN & GENERASI Z MEMBAWA PERSPEKTIF BAHARU.” SHAFFUAN

Bacaan Lanjut
GENERASI GL: "TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG." - SHAUN

GENERASI GL: “TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG.” – SHAUN

Bacaan Lanjut

5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH

Bacaan Lanjut

“WILL YOU MARRY ME?” SYED SADDIQ MELAMAR BELLA ASTILLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BAKAL MELANGSUNGKAN MAJLIS BERTUNANG

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026

Bacaan Lanjut
bella astillah

5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI

Bacaan Lanjut