SIAPA PALING BERGAYA SEKARANG?
SUNGGUH PUN KESEMUA ACARA PENTING DIBATALKAN AKIBAT PENULARAN COVID-19, KITA MASIH SEMPAT MELIHAT TETAMU-TETAMU STYLISH YANG MUNCUL DI BEBERAPA MAJLIS YANG DIADAKAN PADA AWAL 2020. KELIBAT UNIK MEREKA DALAM PERSALINAN MEWAH MENDAYAKAN KREATIVITI LUAR BIASA. SIAPAKAH YANG PALING BERGAYA SEKARANG?
Tahun 2020 dibuka dengan pelbagai anjuran majlis penting merangkumi bidang hiburan, seni dan fesyen. Januari dan Februari meriah dengan adanya musim anugerah, yang mana satu musim penting dalam memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah bekerja keras serta mempamerkan bakat mereka dalam bidang tertentu. Grammys dan Oscars sempat dianjurkan mengikut tarikh yang ditetapkan, termasuklah anugerah-anugerah berprestij lain, seperti Brits Awards, SAG Awards.
Kita telah pun ketahui barisan baru Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Filem Terbaik dan sebagainya. Acara-acara tersebut cukup bernasib baik sempat menganjurkannya pada awal tahun, sebelum tersebarnya virus Covid-19 yang menular cepat ke seluruh dunia.
Bukan itu sahaja, bidang fesyen juga cukup meriah dengan adanya penganjuran Minggu Fesyen lelaki untuk meraikan fesyen musim luruh/sejuk 2020. London, Milan dan Paris menjadi destinasi utama untuk jenama fesyen mementaskan rekaan baru, sambil itu hangat dengan kehadiran tetamu-tetamu tergolong selebriti, fashion influencer dan rakan media yang menang bergaya.
Louis Vuitton, Dior Men, Givenchy, Prada dan sebagainya menjemput tetamu yang betul-betul punya kualiti kala berfesyen. Julung kalinya, Dior Men berkelana ke Miami untuk mempersembahkan koleksi musim luruh/sejuk 2020. Rakan selebriti Dior Men, seperti Maluma, Kim Kardashian, David Beckham antara yang duduk di kerusi baris hadapan. Highlight Minggu Fesyen Lelaki.
Dengan kesempatan beberapa jenama tersebut untuk mengadakan majlis (sebelum ‘muncul’ Covid-19), tak terkecuali untuk Glam Lelaki observe dan senaraikan lelaki-lelaki yang bergaya sepanjang 2020 (setakat ini). Moga-moga kita semua dapat kembali dalam keadaan seperti biasa. Dan dapatlah kita saksikan siapakah lagi yang akan muncul dengan variasi gaya terhebat. But for now, these are the stylish men that we love! Siapakah mereka?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN SUMMER 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Dior Men Summer 2025. Saksikan secara livestream pada 21 Jun 2024 bersempena Paris Fashion Week Men 2024.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
PERCINTAAN HARRY STYLES & TAYLOR RUSSELL PUTUS DI TENGAH JALAN
Baru setahun bergelar pasangan kekasih, Harry Styles dan Taylor Russell dilaporkan telah pun membawa haluan masing-masing.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN GUCCI CRUISE 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Gucci Cruise 2025 terbaharu, GUCCI LONDRA secara livestream pada 4:00 AM, 14 Mei 202 dari kota London, United Kingdom.
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Louis Vuitton Men Fall Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Pharrell Williams. Saksikan secara livestream pada 17 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.