Skip to content

NAK MALU APA! DR. SHEIKH MUSZAPHAR KINI SEORANG FOOD RIDER

Kongsikan artikel ini

Bayangkan, makanan yang anda tempah dihantar sendiri di muka pintu oleh satu-satunya angkasawan negara ternama, Dr Sheikh Muszaphar. Pasti ia menjadi satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan, bukan? Ya, ini bukan gurauan, beliau sememangnya kini menjadi seorang penghantar makanan.

https://www.instagram.com/p/B_T4aChHk7N/

Tular di media sosial, hantaran gambar menunjukkan aksi Dr. Muszaphar menaiki sebuah motosikal sambil tersenyum selain memakai beg penghantar makanan berwarna jingga. Untuk pengetahuan, Dr Sheikh Muszaphar mengusahakan sebuah restoran bersama chef selebriti terkemuka, Datuk Ismail Ahmad yang baru dibuka minggu lalu. Jadi beliau memutuskan untuk menghantar makanan secara peribadi kepada pelanggan.

“Memang best,” tulisnya di Instagram.

https://www.instagram.com/p/B_RnG8fHckr/

Jelas Dr. Sheikh lagi, “Alhamdulillah – setelah 17 tahun Rebung masih berdiri teguh dengan 80 kakitangan, berjaya memperoleh banyak anugerah – Makanan Melayu Terbaik selama lima tahun berturut-turut. Bahkan kami juga telah beralih dari Bangsar Park ke Taman Botani pada tahun 2018 untuk tempat letak kenderaan lima tingkat yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 orang. Syukur. Alhamdulillah,” coretnya lagi dalam hantaran di Instagramnya.

Dilahirkan pada 27 Julai 1972, beliau merupakan doktor bedah ortopedik Malaysia dan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Misi selama 11 hari ini telah berjaya dijalankan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Hebat sungguh angkasawan negara ini! Respect!

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut