IMPIANA: KARMA TAMPIL DENGAN KISAH GELAP DI SEBALIK JANJI KEJAYAAN
Menjelang penghujung tahun 2025, Astro hadirkan sebuah naskhah baharu yang pasti menggamit perhatian, Impiana: Karma.
Sarat dengan elemen misteri, saspens dan emosi, drama ini mengajak penonton menyelami sisi gelap keinginan dan cita-cita manusia yang sering kali datang dengan harga yang tidak disangka. Diadaptasi daripada siri novel popular karya Ain Maisarah, Impiana: Karma bermula dengan kisah sekumpulan sahabat lama yang kembali bersatu selepas bertahun-tahun berpisah. Apa yang bermula sebagai pertemuan penuh nostalgia bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan. Mereka terjerat dengan sebuah syarikat misteri yang menjanjikan kejayaan dan kemewahan luar biasa. Namun di sebalik impian yang terlaksana, tersembunyi rahsia gelap dan bayaran besar yang perlu ditanggung. Ia menjadikan setiap kejayaan itu bukan lagi satu berkat, tetapi satu beban.
Itulah janji yang ditawarkan oleh Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Syarikat yang kononnya mampu merealisasikan apa jua impian dalam tempoh hanya tiga bulan! Ingin jadi kaya, cantik, kurus, dan berkulit cerah. Semuanya dikatakan boleh dicapai tanpa sebarang risiko atau penipuan. “Daftarlah sekarang!”. Itulah seruan yang menarik perhatian ramai. Semuanya bermula selepas mereka melihat perubahan drastik rakan lama mereka, Mimi Monira. Dahulunya bertubuh besar dan sering dibuli, kini tampil langsing dan menawan. Seolah-olah impiannya benar-benar menjadi kenyataan.
Barisan Pelakon Popular Buat Impiana: Karma
Di bawah sentuhan pengarah berbakat Eyra Rahman, dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd., Impiana: Karma menampilkan barisan pelakon popular seperti Che Puan Juliana Evans sebagai Fasha, Adriana Adnan sebagai Diana, Yuna Rahim sebagai Shasha, Sharifah Haneesya sebagai Nana dan Tiz Zaqyah sebagai Linda. Lima pelakon ini akan memegang watak ikonik dari kebayakkan siri novel Ain Maisarah, The Wannababes. Selain itu, watak penting Mimi Monira akan dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.
Pelakon lelaki seperti Nas-T, Aniq Suhair, Lorenzo Irmann, Syazwan Razak dan Jay Iskandar turut menjadi tumpuan utama drama ini. Setiap daripada mereka membawa karakter dengan lapisan emosi tersendiri. Ada yang dibayangi masa lalu, ada yang terlalu mengejar impian hingga hilang arah.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Impiana: Karma bukan sekadar drama hiburan, tetapi satu cerminan terhadap keinginan manusia dan akibatnya. “Kita semua pernah mengejar sesuatu yang kita inginkan, tapi kadang-kadang kita lupa untuk bertanya, apa yang perlu kita korbankan untuk mencapainya? Drama ini mengetengahkan persoalan itu dengan cara yang sangat realistik dan menyentuh hati,” katanya.
Impiana: Karma akan mula bersiaran pada 19 November 2025, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka. Dengan jalan cerita penuh rahsia, sinematografi bergaya dan lakonan mantap barisan pelakon ternama, Impiana: Karma dijangka menjadi antara karya paling mendebarkan untuk menutup tahun ini. Sebuah kisah yang membuat penonton tertanya-tanya: berbaloi atau tidak sesuatu impian itu jika harga yang perlu dibayar adalah jiwa sendiri?
Pautan berkaitan: TEMUBUAL EKSKLUSIF GLAM LELAKI BERSAMA RANGGA, EL PUTRA SARIRA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.
5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
Ada pasangan adik-beradik selebriti yang mungkin mengejutkan anda. Bakat dan rupa yang setanding menjadikan mereka digelar 'Power Siblings'.
KELUANG MAN BAWA PELAKON HEBAT KE PAWAGAM
Keluang Man membawa semula nostalgia kartun zaman kanak-kanak ke pawagam dengan barisan pelakon hebat tanah air.
NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA IKONIK, KELUANG MAN
Nas-T semakin mendapat perhatian sejak dilihat membintangi filem adiwira Keluang Man yang bakal menemui penonton di pawagam, 29 Mei ini.
JAY ISKANDAR, ANAK MUDA PENUH BAKAT DIGILAI RAMAI
Finalis termuda Hero Remaja, Jay Iskandar memilik stail fesyen yang tersendiri dengan bakat yang luar biasa.
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.











