Skip to content

INSIDEN TAMPAR DI OSCAR, WILL SMITH MASIH BERDENDAM?

Kongsikan artikel ini

Sedang team Oscar bersiap sedia untuk pengumuman calon Oscar 2025, ramai yang mengimbas kembali apa yang telah terjadi dan, Will Smith vs Chris Rock paling dingati dalam sejarah anugerah itu.

Dunia masih tidak melupakan tragedi paling buruk di Anugerah Oscar pada 2022, apabila aktor Will Smith menampar hos dan juga aktor komedi Chris Rock secara live di majlis berprestij hampir 3 tahun lalu. Gema tamparan Oscar terus berkumandang sehingga hari ini, siapa yang dapat lupakannya?

Reaksi Spontan Rakan Selebriti Di Anugerah Oscar

Punca adalah kerana mulut celupar dan sikap tidak sensitif Chris pada isteri aktor itu, Jada Pinkett Smith. Tidak menerima lawak sinis, Will Smith telah bangun dari bangkunya dan menuju naik ke pentas tanpa mendapat izin daripada pihak Oscar. Pada awalnya, Chris masih tersenyum mungkin menganggap bahawa Will akan turut membuat lawak bersama-sama, namun sebaliknya hayunan tangan telah dilepaskan ke pipinya sebagai tanda tidak puas hati. Ya, kekerasan telah berlaku secara spontan di atas pentas sewaktu seluruh dunia sedang menonton secara live. Walaupun, aktor itu memenangi Oscar yang pertamanya lepas kejadian, dia turut dikenakan denda – dilarang untuk hadir ke Anugerah Oscar paling utama dalam industri perfileman dunia selama 10 tahun.

Karier pelakon Bad Boys sebenarnya baik-baik sahaja, tetapi Smith masih menyimpan dendam dengan Chris. Ujarnya, “Saya tidak akan memaafkan Chris kerana merosakkan hidup saya. Sumber percaya bahawa dia masih marah tentang fakta bahawa kejadian itu mencemarkan reputasinya di Hollywood.

Will Smith, Jada Pinkett Smith di Oscar 2022

Dia pernah meminta maaf kepada Chris dalam video yang dikongsinya pada Julai 2022. Tetapi di sebalik tindakan penyesalan itu, sumber menegaskan bahawa perasaan Smith terhadap Rock tidak berubah – dia masih membenci aktor Madagascar dan sikap sombongnya. Sumber juga mengatakan bahawa Chris bukan mangsa di sini, begitu juga Smith yang menjadi mangsa keadaan.

Siapa bisa teka adakah Chris Rock akan hadir di Anugerah tahun ini, adakah dia masih trauma atau mungkin lebih berhati-hati? — but if he is, he won’t need to worry about another run-in with Will.

Pautan Berkaitan: Harapan Jada Pinkett Smith Buat Will Smith & Chris Rock

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SEJAK TAHUN 90-AN

EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?

MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?

Bacaan Lanjut
OSCAR 2023: MENGAPA MORGAN FREEMAN HANYA MENGENAKAN SEBELAH SARUNG TANGAN?

OSCAR 2023: MENGAPA MORGAN FREEMAN HANYA MENGENAKAN SEBELAH SARUNG TANGAN?

Bacaan Lanjut
CHRIS ROCK AKHIRNYA TERBUKA HATI BERCAKAP MENGENAI INSIDEN OSCAR 2022

CHRIS ROCK AKHIRNYA TERBUKA HATI BERCAKAP MENGENAI INSIDEN OSCAR 2022

Bacaan Lanjut