Skip to content

IPHONE SE TAMPIL DENGAN GAYA TERSENDIRI

Kongsikan artikel ini

Generasi kedua iPhone SE kini hadir dalam rekaan kompak, dengan rekaan semula dari dalam keluar dan ia adalah iPhone paling mampu milik dengan harga bermula RM1,999. Biarpun begitu, ia masih dimuatkan dengan cip A13 Bionic, yang paling pantas dalam telefon pintar kerana ia mampu mengendalikan tugasan paling berat. Almaklum saja bila anda di rumah dan kebanyakannya perlu bergantung pada gajet, anda memang perlukan yang benar-benar boleh membantu tugasan harian.

Tidak dilupakan kemampuan kameranya, ia memiliki sistem kamera solo yang terbaik dan dibekalkan mod Portrait. Malah, direka untuk mampu tahan elemen seperti habuk dan kalis air.Hadir dalam tiga warna memukau – hitam, putih dan Product(Red).

Apa lagi yang menarik?

  • iPhone SE ini ditawarkan dalam model 64GB, 128GB dan 256GM, dan akan dijual di Apple Authorised Reseller dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi terpilih (harga mungkin berbeza).
  • Apple TV+ juga boleh didapatkan menerusi aplikasi Apple TV menerusi iPhone, Apple TV, iPod touch, Mac dan platform lain termasuk dalam talian untuk RM19.90 sebulan dengan percubaan percuma selama tujuh hari. Namun, pelanggan yang membeli iPhone SE boleh menikmati AppleTV+ percuma selama setahun!
  • Sesiapa yang membeli produk Apple dalam talian akan menerima penghantaran ke rumah secara percuma.
  • Sejumlah jualan daripada iPhone SE (Product)Red akan disalurkan kepada Dana Global Covid-19 Response – bagi membantu dana bagi negara yang memerlukan sut perlindungan diri (PPE), perawatan diagnostik, alatan makmal, komunikasi keselamatan awam, membekal rantaian sokongan dan banyak lagi – selain geran HIV/Aids yang menawarkan ujian, kaunseling, rawatan dan program kekangan dengan fokus spesifik untuk menyingkir transmisi virus dari ibu ke anaK.

Sumber: Jelita

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut