JARINGAN FESYEN UPCYCLE OLEH AIRASIA FOUNDATION
Amalan kitar semula bukan lagi satu kehairanan di pentas fesyen. Namun tatkala AirAsia Foundation terlibat serta, ramai menyambut baik berita tersebut. AirAsia memberi nafas baru kepada sisa kelengkapan keselamatan pesawat menjadi sebuah gayaan fesyen mesra alam.
Inisiatif ini bermula saat pengarah eksekutif AAF, Yap Mun Ching sedar akan jangka hayat instrumen keselamatan yang begitu pendek. Misalnya, sepersalinan jaket keselamatan yang punah harus kerap diganti baru menyebabkan sisa lama kini menjadi timbunan di gudang. Malah fasa reputan produk material plastik boleh memakan masa hingga puluhan tahun. Selain terhindar dari pembaziran, kaedah upcycle ini dapat meminimumkan jejak karbon yang terhasil daripada proses perlupusan.
Koleksi aksesori yang diberi nama Soggy No More ini merupakan usaha jaya Air Asia Foundation (AAF) yakni satu entiti filantropi milik syarikat penerbangan itu. AAF bekerjasama dengan perusaha Nazanin bagi menghasilkan jaringan beg sling, kantung syiling serta selonsong kutleri. Semuanya terhasial daripada olahan semula barang terkumpul seperti jaket keselamatan, tali pinggang keledar serta uniform lama yang tak lagi diguna pakai.
Nazanin atau lebih sepsifik, Qasem ialah artisan berdedikasi asal Afghanistan yang tinggal di Malaysia sejak tahun 2013. Dia pakar dalam bidang ketukangan fabrik kulit akan tetapi mengalami kesukaran untuk mencari sumber pendapatan di tanah asing. Meskipun, bakat dan kesungguhnannya dipuja AirAsia Foundation untuk sertai kegiatan lestari ini.
Amatlah penting sesungguhnya masyarakat punyai kesedaran padu terhadap nasib bumi hijau. Lazimnya kesepakatan dari seluruh pihak mampu mengorak langkah positif terhadap tatacara memelihara ekosistem. Penggayaan fesyen kitar semula melambangkan lagak cakna selain berbudi kepada alam.
Koleksi Soggy No More boleh diperoleh di gedung Destination Good atau laman sesawang destinationgood.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“ADA YANG KURANG PEKA, JADI INI SAJA CARANYA…” KREW KABIN KONGSI KISAH DI SEBALIK PENGUMUMAN LUCU YANG TULAR
'Terlalu formal ada kala tidak relevan dalam semua aspek, jadi apa salah kita ambil pendekatan lain"
INI FAKTA MENARIK KRU KABIN AIRASIA X VIRAL TIRU TARIAN BRITNEY SPEARS
Assraf Nasir mencuri tumpuan satu dunia apabila meniru tarian Britney Spears di dalam pesawat Air Asia.
AIR ASIA PERLI FATTAH AMIN?
Air Asia 'memerli' Fattah Amin dengan tweet sarkastik berhubungan buku pertama yang dikeluarkan Fattah Amin yang viral kebelakangan ini.