Skip to content

JURANG USIA 17 TAHUN BUKAN PENGHALANG CINTA HARRIS ALIF

JURANG USIA 17 TAHUN BUKAN PENGHALANG CINTA HARRIS ALIF

Kongsikan artikel ini

Ditaja RM13.5 juta, khabarnya Intan Ladyana dan Harris Alif bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari ini.

Pasangan merpati dua sejoli ini sudah mula memuat naik posting mereka di akaun media sosial masing-masing tentang sidang media untuk mengumumkan berita gembira yang kini sudah semua sedia maklum. Bukan lagi satu desas desus atau gossip, SAH! pasangan selebriti Intan Ladyana, 38, dan Harris Alif, 21, sedang merancang pernikahan yang bakal berlangsung dua bulan lebih dari sekarang.

Walaupun jarak usia 17 tahun membezakan mereka, ia bukanlah satu halangan untuk menjalinkan hubungan cinta. Bak kata Intan sendiri, dengan kematangan yang ada pada Harris ia memperkuatkan alasannya untuk menerima Harris menjadi peneman hidupnya.

Tepat jam 2 petang pada 5 Januari 2021 secara langsung dari Youtube Channel Harris sendiri, mereka berkongsi persiapan perkahwinan telah pun dibuat dan sudah mencecah 95% hingga ke hari ini.

 

Turut mendapat tajaan dari jenama hebat, pasangan ini khabarnya akan mengadakan empat majlis resepsi yang bakal berlangsung di hotel ternama Kuala Lumpur. Antara penaja utama yang bakal menaja majlis pernikahan mereka adalah penaja barang kemas Ceres Jewel yang bernilai 13.5 juta.

 

Sudah mengikat cinta hampir setahun, pasangan ini secara terbukanya berkongsi mengenai hubungan mereka tahun lalu. Pelakon dan penyanyi itu terlebih dulu berkongsi berita perhubungan cinta mereka kepada keluarga terdekat dan datang merisik sebulan selepas majlis ulang tahun Intan yang ke-38 Julai tahun lalu.

Baca pautan berkaitan: DWAYNE JOHNSON AKA ‘THE ROCK’ AKHIRNYA KAHWIN JUA

Foto: Instagram Harris Alif

Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TRIVIA ALPHA: KUMPULAN MUZIK PALING 'STUNNER' & BERPENGARUH TAHUN INI

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut