KENALI SONNY HALL, MODEL BERJIWA PUITIS DAN BIJAK BERGAYA
SONNY HALL SEMAKIN KUKUH DALAM LAPANGAN FESYEN. BERKERJAYA SEBAGAI PENULIS PUISI, ANAK MUDA INI PUNYA PESONA GAYA YANG TERSENDIRI. KEUNIKKAN WAJAHNYA DIANGGAP MEMILIKI DAYA PENARIK YANG MEMBUATKAN DIA TURUT MENERIMA TAWARAN SERTA DIKETENGAHKAN SEBAGAI MODEL MASA KINI.
Asal dari England, Sonny Hall antara wajah masa kini yang semakin mendapat perhatian di kalangan orang-orang fesyen. Rupa paras kacak dan memiliki pesona tersendiri, menjadikannya layak untuk bergelar model serta dipanggil untuk menghiasi rangkaian kempen fesyen. Yang terbaharu, FENDI melantiknya sebagai wajah kempen untuk musim perayaan 2020.
Pabila diamati sebaiknya, Sonny Hall ada iras Harry Styles. Terutamanya perihal gaya. Ada kalanya, Sonny Hall ditata gaya mirip Harry Styles. Retro, stail disko dan ‘genderless’, antara gambaran paling sempurna mendefinisikan keperibadian Sonny Hall. Tambahan lagi, apa jua gaya yang dipamerkan Sonny Hall, tentunya mencetus inspirasi. Anak-anak muda disaksikan semakin berani bereksperimen dalam fesyen, yang mana merujuk stail Sonny Hall untuk mendapatkan ilham.
Selain bergelar model (naungan agensi KateMossAgency), Sonny Hall turut mengukuhkan namanya sebagai penulis puisi. Bijak berfesyen dan berilmu pula. Pernah melancarkan buku puisi nukilannya yang bertajuk “The Blues Comes With Good News”, ia tersenarai antara bahan bacaan terbaik yang disenaraikan oleh beberapa penulis blog. Ternyata, dunia modelling telah berubah, yang mana model-model sekarang bukan sekadar ada rupa, malah punya bakat lain dan latar belakang yang kukuh. Sedikit sebanyak memberi inspirasi buat pengikut-pengikut fesyen.
Baru-baru ini, Sonny Hall diperhatikan kerap menghadiri acara fesyen terkemuka, seperti pementasan Dior Men. Wajahnya juga pernah menghiasi kempen untuk jenama Fred Perry dan Burberry. Dan tak terkecuali, penghias muka hadapan majalah-majalah fesyen lelaki, seperti GQ Korea. Era baharu fesyen dihangatkan lagi dengan kemunculan bintang-bintang fesyen baharu, misalnya, Sonny Hall sendiri. We can’t wait to see others in the future.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
















