PULANG DARI LANGKAWI, HARRIS ANNUAR DISAHKAN POSITIF COVID-19
Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar memuat naik satu hantaran di Instagram dua hari lalu mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.
Dalam entri tersebut, dia memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. “Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama. Hari ini saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang kuarantin di rumah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Dia juga meminta semua kontak rapat dengannya sejak dua minggu lalu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik berdekatan.
Beberapa hari sebelum ketibaan tahun baru, bekas Hero Remaja 2017 ini dilihat memuat naik foto-foto di Langkawi dengan tanda pagar #LangkawiFromHome juga kapsyen ‘Happy New Year’, kemungkinan turut menyambut tahun baru di sana.

Menurut Harris, rakan baiknya, Tajuddin Bakar turut disahkan positif menerusi ujian saringan pertama. “Tajuddin juga didapati positif Covid-19. Saya kini sedang kuarantin di rumahnya. Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.”
Dalam hantaran terbaru di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu meminta mereka yang sedang menerima dugaan sepertinya agar lebih tenang dan sabar. “Ingatlah, Allah duga tandanya Allah sayang. Jadi kenapa nak sedih? Bersabar, dan kita percaya pada Allah.”
Semoga cepat sembuh!
Foto: Xtra.com.my
Pautan berkaitan: ALIF SATAR POSITIF COVID-19 PADA 22 NOVEMBER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.











