JUSTICE LEAGUE LEBIH RINGAN, NAMUN MENGHIBURKAN
Filem adiwira yang ditunggu-tunggu akhirnya menemui anda di pawagam berhampiran bermula esok (16 November 2017). Kembali di bawah arahan pengarah yang tidak asing lagi dengan francais filem komik DC, Zack Snyder filem ini sudah pasti ditunggu-tunggu selepas filem terakhir, Batman VS Superman: Dawn Of Justice yang menyaksikan kematian tragis Superman. Walau apa pun, nasib Superman seakan-akan sudah boleh diagak penonton untuk filem kali ini. Kembali memegang watak asal masing-masing, Ben Affleck sebagai Batman dan Gal Gadot sebagai Wonder Women, kali ini mereka disertai dengan skuad baru yang terdiri dari barisan superhero iaitu The Flash, Aquamen dan Cycborg menentang kejahatan yang mengugat keamanan dunia. Klise bukan?
FORMULA AVANGERS
Sedikit sinopsis tentang filem ini, didorong rasa bersalah selain diinspirasi dek pengorbanan mulia Superman yang maut menentang kejahatan demi menyelamatkan umat manusia, Bruce Wayne sekali lagi berganding bahu dengan Diana Prince aka Wonder Women dalam merekrut satu pasukan dalam menghadapi ancaman kuasa jahat berskala besar iaitu Steppenwolf, iaitu villain utama serta salah satu karakter musuh terbesar dalam DC Comics.
Meskipun terbentuk satu formasi menyelamatkan dunia, filem ini seakan tidak jauh berbeza dengan filem adiwira The Avangers yang kita tonton dahulu. Adakah formula sama turut digunakan? Barisan adiwira menentang musuh animasi (animated villain) seakan serupa dan tidak banyak jauh beza. Tambahan pula, plot diketatkan dengan kewujudan tiga kotak atau Mother Boxes yang diburu oleh bala tentera Parademons yang dijaga oleh kaum manusia, kaum Amazon dan Atlantis. Mungkinkah DC mahupun Zack Synder sendiri percaya formula ini akan menjadi selepas kejayaan filem-filem Marvel yang lepas. Maklumlah, Zack lebih terkenal dengan membawa sisi gelap dan suram dalam filem-filemnya. Namun untuk filemnya kali ini, ia lebih ringan, dan beranimasi! Apa-apapun, kami terhibur! Malahan, kanak-kanak juga bisa mengikuti filem ini tanpa kekeliruan dek plotnya yang straight forward.
PADAT DAN MENGHIBURKAN
Tiada apa yang lebih menghiburkan apabila melihat sekumpulan adiwira menentang kejahatan dengan keupayaan masing-masing, tanpa perlu dibayangi oleh watak lain. Setiap karekter punya misi tersendiri menghidupkan jalan cerita, terutama sekali The Flash yang dibawakan oleh Ezra Miller. Selain sumber humor untuk filem ini, peranan The Flash juga punya kaitan dengan nasib Superman! Biar betul? Ingin tahu apakah ia? Anda perlu pergi menontonnya sendiri.
Selain kuasa adiwira, kami juga turut terhibur dengan persembahan Batman mempamerkan kendaraan-kendaraan canggih selain Batmobile. Antaranya, jet raksasa yang diberi nama Flying Fox, mampu membawa the whole team termasuk Batmobile, serta Knight Crawler kenderaan dengan empat kaki persis labah-labah nyata mengagumkan!
Apa-apapun, filem Justice League bukanlah filem terbaik namun masih menghiburkan. Selain plot yang mudah difahami, filem ini padat dengan aksi-aksi tanpa babakyang meleret menjadikan filem ini naskah paling singkat pernah dihasilkan oleh DC, tidak lebih dari 2 jam masa tontonan. Recommended? Hell yeah!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE
Marvel Cinematic Universe kembali dengan filem terbaru menggabungkan dua watak wira yang ikonik, Deadpool & Wolverine. Filem gabungan dua wira ikonik, Deadpool & Wolverine adalah sebuah filem superhero yang dikeluarkan pada 26 Julai 2024 yang lalu. Deadpool & Wolverine ialah berdasarkan watak-watak dalam komik Marvel dan diterbitkan oleh Marvel Studios, Maximum Effort, dan 21 Laps…
5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON
Semak barisan filem hebat yang menaikkan nama Christian Bale sebagai salah seorang aktor paling berjaya di Hollywood.
“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema "Our Heroes" tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Alif Satar sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang sangat berbakat dalam industri seni di Malaysia.
REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR
REXPERIENCE melancarkan pameran seni imersif sulung “Other World” yang akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula 20 September 2023 di REXKL.
ALASAN MENGAPA 5 BINTANG HOLLYWOOD INI TIDAK LAGI DITAWARKAN WATAK UTAMA DALAM FILEM
Kala seorang bintang berjaya mencipta nama di layar perak, berpuluh lagi gagal memenuhi jangkaan industri Hollywood untuk bergelar pelakon.
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.