Skip to content

BLAKE SHELTON LELAKI PALING SEKSI DI DUNIA

Kongsikan artikel ini

Setiap tahun, majalah People tidak ketinggalan menobatkan seorang lelaki dengan gelaran Sexiest Man Alive, dan kali ini gelaran tersebut diberikan kepada Blake Shelton, yang merupakan juri pertandingan realiti nyanyian The Voice, menerima gelaran sama yang pernah diberikan kepada Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Brad Pitt, George Clooney, Johnny Depp, Harrison Ford, Ryan Reynolds dan David Beckham. Siapa sangka, penyanyi country itu sudah berusia 41 tahun dan masih dianggap seksi di mata-mata wanita, dan juga lelaki!

“Saya tidak pernah menganggap diri saya kacak. Tetapi, jika, saya boleh menjadi seorang yang seksi selama setahun, saya sedia menerimanya,” kata Shelton dalam satu kenyataan, semalam. Shelton yang pernah berkahwin dengan penyanyi country wanita, Miranda Lambert, kini menjalin hubungan dengan bintang pop, Gwen Stefani.

Penyanyi ‘country’ kelahiran Oklahoma itu mula terkenal selepas dilantik sebagai juri dan mentor dalam pertandingan realiti ‘The Voice’ terbitan stesen televisyen NBC pada 2011, malah telah beberapa kali memenangi pelbagai anugerah seperti Billboard, American Music Award dan lain-lain. Album terbaharunya yang bertajuk Texoma Shore dilancarkan awal bulan ini. Tahniah Blake!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 November 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut