Skip to content

6 K-DRAMA ANDA PATUT TONTON PADA BULAN OKTOBER 2025!

6 K-DRAMA ANDA PATUT TONTON PADA BULAN OKTOBER 2025!

Kongsikan artikel ini

Bulan Oktober 2025 dipenuhi dengan K-Drama dari pelbagai genre menarik yang boleh ditontoni di hari-hari lapang dari pelbagai platform. 

Dari bulan September hingga Oktober, Korea Selatan hadir dengan deretan drama terbaharu yang dijangka mencuri perhatian penonton dengan jalan cerita penuh emosi, lakonan mantap, dan sinematografi memukau. Dari kisah cinta yang menyentuh hati, konflik keluarga yang penuh drama, sehingga dunia pekerjaan yang sarat cabaran. Semua K-Drama yang perlu ditonton pada bulan Oktober 2025 ini menanti untuk anda ikuti. Sama ada anda peminat tegar K-drama atau baru ingin berjinak-jinak, senarai drama kali ini pasti ada sesuatu untuk setiap selera.

#1 Bon Appétit, Your Majesty (Netflix)

k-drama oktober 2025

Pelakon: Lim Yoona, Lee Chae-min, Kang Hanna

Sinopsis: Selepas memenangi pertandingan masakan di Perancis,  Yeon Ji-young secara tidak sengaja merentasi masa ke zaman Joseon. Dia kemudian bertemu dengan Raja Yi-heon, raja Joseon paling kejam dalam sejarah. Kisah tentang Yeon Ji-young yang menjadi ketua tukang masak diraja dan berjaya menambat hari Raja Yi-heon bersama konflik-konflik yang hebat di dalam drama ini amat patut ditontoni.

#2 Queen Mantis (Netflix)

k-drama oktober 2025

Pelakon: Ko Hyun-jung, Jang Do-yoon, Cho Seong-ha

Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang polis yang terpaksa bekerjasama dengan pembunuh upahan untuk menangkap pembunuh tiruan (copycat killer). Seorang wanita telah dipenjarakan sejak lama dahulu kerana jenayah sebagai seorang pembunuh bersiri. Namun, ketenangan yang wujud selepas penangkapannya mula terganggu apabila muncul satu siri pembunuhan baharu. Setiap satunya dilakukan dengan cara yang meniru gaya pembunuhan wanita itu.

Baca: 7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA

#3 Beyond The Bar (Netflix)

Pelakon: Lee Jin-wook, Jung Chae-yeon, Lee Hak-ju

Sinopsis: Drama baharu Netflix ini berceritakan tentang Hyo-min, seorang peguam muda di firma guaman Yullim, yang jujur, tegas, dan penuh keyakinan dalam kerjayanya. Namun, dia agak kekok dalam kehidupan sosial. Dengan bimbingan rakan kongsinya, Seok-hoon — seorang peguam berpengalaman, berbakat tetapi dingin sikapnya, Hyo-min mula berkembang dan menemui kekuatannya sendiri.

#4 You And Everything Else (Netflix)

Pelakon: Kim Go-eun, Park Ji-hyun, Kim Gun-woo

Sinopsis: Seorang penulis drama televisyen, Eun-jung, pertama kali bertemu dengan Cheon Sang-yeon, seorang wanita istimewa daripada keluarga berada, ketika di sekolah rendah. Pertemuan itu menimbulkan rasa kagum yang bercampur dengan cemburu jauh di lubuk hatinya. Selepas melalui beberapa perpisahan dan pertemuan semula sepanjang hidup mereka, takdir menemukan mereka sekali lagi ketika usia awal 40-an. Namun kali ini, Sang-yeon yang sedang menderita kanser tahap akhir membuat satu permintaan terakhir kepada Eun-jung — untuk menemaninya sehingga ke hujung hayat.

Baca: FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025

#5 A Hundred Memories (Viu)

k-drama oktober 2025

Pelakon: Kim Da-mi, Shin Ye-eun, Heo Nam-jun, Kim Jung-hyun, Lee Won-jung, Jeon Sung-woo

Sinopsis: Berlatarbelakangkan era 1980-an, Go Young-Rye bekerja sebagai atendan bas nombor 100 untuk Cheona Transportation walaupun dia sering mengalami mabuk perjalanan. Sahabat baiknya, Seo Jong-Hee turut bekerja sebagai atendan bas di syarikat yang sama. Dalam masa yang sama, muncul Han Jae-Pil, anak kepada pemilik sebuah gedung serbaneka ternama. Dia kelihatan sempurna dengan wajah yang tampan serta latar belakang keluarga yang kaya, tetapi jauh di dalam dirinya, Jae-Pil menanggung luka emosi dan sedang melalui masa yang sukar. Dialah cinta pertama bagi Go Young-Rye dan juga Seo Jong-Hee. Drama ini menceritakan tentang satu hubungan rumit yang bakal menguji persahabatan dan impian mereka.

#6 My Youth (Viu)

Pelakon: Song Joong-ki, Chun Woo-hee, Lee Joo-myoung, Seo Ji-hoon

Sinopsis: Sun Woo-hae pernah menjadi pelakon kanak-kanak popular yang bersinar di usia mudanya. Namun, kerana ketamakan orang dewasa di sekelilingnya, cahaya itu akhirnya padam. Dia melalui pelbagai kepahitan sebelum berjaya bangkit semula, dan kini memilih hidup tenang sebagai seorang novelis serta pemilik kedai bunga. Namun ketenangan itu tergugat apabila Sung Je-Yeon tiba muncul di hadapannya. Sunwoo Hae dan Sung Je-Yeon pernah menjadi cinta pertama masing-masing, saling menguatkan antara satu sama lain di saat-saat paling gelap dalam hidup mereka. Kini, selepas 10 tahun, pertemuan semula itu menghidupkan kembali memori silam yang cuba dilupakan oleh Sun Woo-hae.

Pautan berkaitan: 6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

Bacaan Lanjut

PENAMPILAN PERTAMA CHOI SEUNGHYUN SETELAH 5 TAHUN

Bacaan Lanjut
5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI

5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA KOREA ROMANTIK TERBAIK ANDA WAJIB TONTON

5 DRAMA KOREA ROMANTIK TERBAIK ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

Bacaan Lanjut
must watch July 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

Bacaan Lanjut