JUNG HAE IN HIDUPKAN SEMULA GAYA PREP
Karisma Bintang Korea & Prep Amerika
Tommy Hilfiger memperkenalkan kempen Musim Luruh 2025, The Hilfiger Racing Club, menampilkan aktor Korea Selatan Jung Hae In. Dengan pesona tenang dan gaya refined. Beliau membawa nafas segar pada budaya prep, dihidupkan semula melalui inspirasi nostalgia motorsport dan semangat moden yang lebih bebas.
Koleksi kali ini menggabungkan kod prep New York dengan layering dan tekstur yang diperbaharui. Jung Hae In tampil effortless dalam coat kasmir navy, jaket suede trucker, serta vest down biru yang dipadankan dengan kemeja Oxford dan tali leher preppy, mencerminkan DNA klasik Tommy dengan sentuhan moden yang penuh karakter.

Tradisi Bertemu Inovasi
Prep telah menjadi inti kreatif Tommy Hilfiger sejak 40 tahun lalu, menggabungkan gaya klasik Amerika dengan pengaruh budaya kontemporari. Musim ini membuka bab baharu dengan The Hilfiger Racing Club, membuktikan bahawa prep bukan lagi soal aturan tetapi keberanian untuk redefinisi gaya. Seiring dengan semangat lelaki urban hari ini.
Era Baru The Hilfiger Racing Club
Selain Jung Hae In, kempen ini turut menampilkan Nicholas Hoult dan supermodel legenda Claudia Schiffer, menjadikan prep lebih kosmopolitan dan relevan. Koleksi Musim Luruh 2025 kini boleh didapati di web tommy.my dan butik rasmi TOMMY HILFIGER seluruh dunia.

Dengan kombinasi tradisi dan inovasi, Jung Hae In menjadi wajah sempurna untuk era baru Tommy Hilfiger. The Hilfiger Racing Club bukan sekadar koleksi fesyen, tetapi simbol bagaimana gaya prep terus relevan. Gaya Prep yang lebih segar, lebih moden, dan sentiasa mencerminkan keyakinan lelaki masa kini.
Artikel Berkaitan: KOH SAMUI: PERCUTIAN MEWAH TOMMY HILFIGER DI ASIA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
GLAM LELAKI X KAHF BEYOND VIBES: TIM TIAH, LEBIH DARIPADA SEKADAR SEORANG USAHAWAN
Bagi Tim Tiah, kejayaan bukan sekadar tentang membina sebuah syarikat, tetapi tentang mengenali dirinya sendiri.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA
Nama Jay Park dalam dunia hip-hop Korea Selatan semestinya besar, termasuklah di Malaysia dengan kolaborasi yang hebat.














