Skip to content

KAFE MESTI KUNJUNG 2016

Kongsikan artikel ini
Teks & Penyelaras: Johan Kassim  Gambar: Jason Lee

Masih tercari-cari kafe menarik untuk melepak bersama teman-teman? GL menampilkan pilihan kafe wajib kunjung untuk sesi bersantai dan misi relaks di hujung minggu.

THURSDVYS, taman tun dr. ismail

thusdaysDiasaskan oleh pemuda bernama Azman Hadri, kafe ini menawarkan seleksi kopi, sajian makanan dan manisan. Lokasi terbaik buat anak muda gemar melepak bersama kawan-kawan di hujung minggu. Thursdvys22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail.

LOKL, KUALA LUMPUR

lolklLokasi kafe LOKL menjadikannya ia tak putus-putus dikunjungi pencinta kopi. Selain kopi, pengunjung bisa mencuba minuman lain berasaskan coklat atau susu. Cubalah. LOKL, 30, Jalan Tun H S Lee, KL.

KOPI C CAFE, GEORGETOWN

kopi-c-cafeGeorgetown, Penang semakin ligat dengan kafe-kafe baru. Kopi C. Café tak terkecuali menerima kunjungan ramai pencinta kopi. Andai berkunjung ke Penang, singgah minum petang di kafe cool ini. Kopi C Cafe, 153 & 155 Lebuh Pantai
Penang.

BEAN BROTHERS, SUNWAY DAMANSARA

bean-brothersTercari-cari lokasi brunch baru yang hip? Di sinilah tempatnya. Ajak teman berkumpul di sini pada pagi Ahad sambal menikmati juadah ciptaan sendiri chef-chef kafe Bean Brothers. Bean Brothers, Jalan PJU 3/50, Sunway Damansara.

MONKEYCUP CAFE, PENANG

monkeycupSatu lagi kafe yang menghidangkan seleksi kopi. Selain ‘street art’ dan bangunan ikonik di Penang, ruang dalam kafe ini juga bisa dirakam sebagai ‘Instagram worthy’. Monkeycup Cafe, 36C, Jalan Chow Thye, Georgetown, Penang.

AHMAD & CO.COFFEE & CIGAR, KOTA DAMANSARA

ahmadSelain minuman, cuba rasa manisan masa kini yang semakin menjadi trend iaitu ‘churros’. Sempurna dijadikan menu minum petang terutamanya kala hujung minggu. Ahmad & Co, 11G, Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
hari raya aidilfitri

3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH

Bacaan Lanjut
Nespresso Chiara Ferragni

IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI

Bacaan Lanjut

KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA

Bacaan Lanjut

RAIKAN CITA RASA KOPI IKONIK BERSAMA PIERRE HERMÉ DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut