KALENDAR 2017 ‘ABANG BOMBA’ KEMBALI DENGAN KONSEP LEBIH ‘PANAS’
Oleh Wan Mohd Firdaus Bin Basaruddin
Kalendar paling ‘hangat’ kini kembali. Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengeluarkan kalendar 2017 yang ekslusif, menampilkan imej yang lebih daring serta sasa, tapi gaya serta penampilan seorang hero dalam misi menyelamat. Kalendar khas ini diterbitkan secara rasmi dan diedarkan kepada kakitangan, pegawai-pegawai JBPM dan kementerian berkaitan.

Muka hadapan kalendar 2017 Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM)
Menerusi laman Twitter rasmi BOMBA (@bombaJBPM), pasukan keselamatan itu secara rasmi telah memuat naik beberapa kandungan dan imej kalendar tahunan mereka daripada muka hadapan sehinggalah bulan Disember 2017. Yang menariknya, pada tahun ini ia mempunyai kelainan apabila menampilkan imej anggota wanita yang turut sama menjalankan rutin harian seperti rondaan motosikal dan pertolongan cemas.
Misi utama pasukan bomba dalam menjalankan tugas dan membantu masyarakat tetap menjadi keutamaan apabila separuh daripada kalendar 2017 keberanian dan kesungguhan anggota bomba memadamkan kebakaran hutan, bantuan di kawasan kemalangan, misi menyelamat di puncak gunung, misi menyelamat mangsa lemas dan sebagainya.
Masih mengekal konsep imej anggota lelakinya yang berbadan tegap agar ia selari dengan tema ‘gaya hidup sihat’.
Walaupun kalendar ekslusif menarik ini hanya untuk diedar dalaman dan bukan untuk dijual, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kalendar ‘abang bomba’ boleh mendapatkannya dengan menyertai satu kuiz akan diadakan dalam masa terdekat dan mereka yang berjaya akan diberikan Kalendar 2017 JBPM.
SAPE YANG BERKENAN DENGAN KALENDAR #BOMBA 2017 ??? Nanti admin akan adakan kuiz untuk korang ye.. sapa betul dapat kalendar.. amacam?
— Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official) December 27, 2016
Jangan lupa untuk follow akaun Twitter @bombaJBPM untuk maklumat lanjut. #jasamudikenang
Photo credit: Twitter @bombaJBPM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.












