Karya Sandro Botticelli Dijual Dengan Harga US$92 Juta
Lukisan ‘Young Man Holding a Roundel’ oleh Sandro Botticelli adalah antara karya seni oleh artis Renaissance yang terakhir dimiliki secara persendirian.
Karya seni abad ke-15 berjudul ‘Young Man Holding a Roundel’ telah menjadi antara lukisan paling mahal pernah dihasilkan oleh artis Renaissance dalam sejarah lelongan seni. Lukisan oleh Sandro Botticelli ini telah dijual dengan harga US$92 juta dalam sebuah lelongan secara maya oleh Sotheby’s New York pada minggu lalu.
Lukisan ini merupakan yang kedua paling mahal pernah dihasilkan oleh Old Master, selepas ‘Salvator Mundi’ oleh Leonardo da Vinci yang dijual oleh Christie’s dengan harga US$450.3 juta pada 2017.

(Photo by Stefan Rousseau/PA Images via Getty Images)
‘Young Man Holding a Roundel’ adalah antara karya terakhir oleh Sandro Botticelli yang dimiliki secara persendirian. Lukisan ini dipercayai dihasilkan sekitar akhir 1470-an dan awal 1480-an, ia menampilkan potret seorang lelaki yang tidak dikenali sedang memegang sebuah lukisan bulat bersaiz kecil yang dikenali sebagai roundel. Ia telah dibeli oleh pemilik asal dengan hanya berharga £810,000 pada 1982, iaitu US$1 juta dalam nilai hari ini.
Sandro Botticelli adalah antara artis Ranaissance abad ke-15 yang paling dikenali dalam dunia seni. Dia yang merupakan antara Old Master cukup terkenal dengan masterpiece seperti ‘The Birth of Venus’ dan ‘Primavera. Walau bagaimanpun, dia jarang menghasilkan lukisan potret sepanjang hidupnya. Dia lebih dikenali dengan lukisan berunsurkan keagamaan dan mitos klasik.

‘The Birth of Venus’ by Sandro Botticelli. (Photo by: Universal History Archive/Universal Images Group via Getty Images)
Sejak memulakan lelongan secara atas talian, Sotheby’s telah berjaya menjual dua karya seni dengan nilai melebihi US$80 juta ketika penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Karya ‘Oresteia of Aeschylus’ oleh Francis Bacon telah dijual dengan harga US$84.5 juta tahun lalu. Lukisan terakhir yang berjaya dijual melebihi angka keramat US$100 juta adalah ‘Haystcks’ oleh ikon seni Perancis, Claude Monet. Ia telah dijual dengan harga US$110 juta pada tahun 2019.
Baca lebih lanjut: THE ROLLING STONES KELUARKAN JENAMA COKLAT SENDIRI
Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER
Cowboy Carter merupakan sekuel kepada album Renaissance yang menggondol empat trofi di Anugerah Grammy 2023.
RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA
Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Renaissance Hotel & Convention Centre yang merupakan sebahagian daripada portfolio global Marriott Bonvoy kini dibuka semula di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.
REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR
REXPERIENCE melancarkan pameran seni imersif sulung “Other World” yang akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula 20 September 2023 di REXKL.
PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI
Sempena MET Gala yang akan berlangsung esok, kami memperingati penampilan selebriti lelaki di MET Gala paling diingati.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
GRAMMY 2023: MENGAPA NETIZEN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEMENANGAN HARRY STYLES?
Walaupun Beyoncé mencipta sejarah dengan menjadi artis yang memiliki gramofon emas terbanyak, ‘trofi terunggul’ berjaya menjadi milik Harry Styles.