THE ROLLING STONES KELUARKAN JENAMA COKLAT SENDIRI
Kumpulan rock’n’roll legenda United Kingdom itu mengejutkan peminat dengan melancarkan bar coklat mereka sendiri bermula minggu ini.
Ya benar! The Rolling Stones akan mengeluarkan jenama bar coklat mereka sendiri. Bermula minggu ini, peminat kumpulan legenda itu boleh mendapatkan bar coklat mereka melalui laman web rasmi mereka.
Bar coklat ini akan hadir dalam dua perasa iaitu Brown Sugar (coklat susu) dan Cherry Red (coklat gelap). Nama bar coklat itu diinspirasikan daripada lagu mereka sendiri. Brown Sugar adalah judul lagu hit mereka pada 1971 manakala Cherry Red dipetik daripada lirik lagu ‘You Can’t Always Get What You Want’.
Walau bagaimanapun, bar coklat itu tidak datang murah. Setiap bar coklat itu dijual pada harga £5.95 atau bersamaan dengan RM33 setiap satu. Belum lagi ditambah dengan kos penghantaran bermula dari £2.27 untuk pembelian di United Kingdom.
Produk merchandize seperti ini dapat menjana pendapatan buat pemuzik, lebih-lebih lagi ketika konsert atau konsert jelajah terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Tahun lalu, The Rolling Stones telah membuka stor mereka di kota London, diikuti dengan stor atas talian.
The Rolling Stones yang terkenal dengan simbol lidah ini adalah antara kumpulan rock ‘n’ roll yang paling dihormati di dunia. Diasaskan pada 1962, kumpulan ini terus kekal aktif di atas pentas dan telah meraikan ulang tahun ke-50 pada 2012. Album studio terkahir mereka berjudul Blue & Lonesome 2016, manakala album Goats Head Soup yang pertama dikeluarkan pada 1973 telah dilancarkan semula tahun lalu dengan menampilkan beberapa lagu baharu. Hari ini, kumpulan ini dianggotai oleh Mick Jagger, Keith Richards, Charlie Watts dan Ronnie Wood.
Baca lebih lanjut: FESTIVAL GLASTONBURY 2021 DIBATALKAN
Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 WANITA PUJAAN ELVIS PRESLEY TERMASUK BEKAS ISTERI CAITLYN JENNER
Raja Rock ‘n’ Roll, Elvis Presley menjadi obsesi wanita disebabkan rupa paras kacak, suara merdu dan persona menarik yang dimilikinya di atas pentas.
BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY
Sentimen gaya legenda muzik Freddie Mercury membentuk koleksi kapsul BOSS sempena BOSS Legend Series.
LAGU BAHARU KANYE WEST MEMBONGKAR DRAMA KELUARGA & PERCERAIAN
Selepas mengakui kecurangan sendiri dalam lagu Hurricane, Kanye West sekali lagi mendedahkan pergelutan peribadinya menerusi lagu baharu.
NAMA HARRY STYLES DILAKAR DALAM GUINNESS WORLD RECORD
Harry Styles membuat keputusan tepat dengan pemilihan kerjaya solo apabila dilihat terus meraih kejayaan demi kejayaan.
#GLFIRSTGAYAHIDUP PENGALAMAN BUNYI PERSIS PAWAGAM DENGAN SONOS BEAM GEN 2
Sonos memperkenalkan Beam (Gen 2) yang kini dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu untuk memberikan pengalaman bunyi persis pawagam terus dari rumah.
MELALUI ‘III/III’, ALYPH TIDAK HIRAU EKSPEKTASI ORANG LAIN
ALYPH kini tampil dengan sebuah EP baharu berjudul ‘III/III’ yang akan memberikan peluang buat peminat untuk mendengar sendiri bakatnya selaku penyanyi rap dan pencipta lagu.