KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
Pada 20 Jun 2025 yang lalu, Netflix telah melancarkan satu filem animasi terbaru berjudul K-Pop Demon Hunters. Sambutan yang diterima amatlah positif. Ia juga menjadi satu fenomena serata dunia. Menceritakan tentang sekumpulan gadis K-Pop yang terkenal di seluruh dunia menjalani kehidupan selebriti sambil menyembunyikan identiti rahsia mereka sebagai pemburu syaitan. Kumpulan gadis fiksyen, Huntr/x menggunakan kuasa suara mereka untuk membunuh makhluk pemakan jiwa dan melindungi para peminat mereka. Dihasilkan oleh Sony Pictures Animation, dengan gaya yang serupa seperti filem Spider-Man: Across the Spider-Verse mereka, tetapi dengan fokus yang kuat terhadap budaya dan mitologi K-Pop.

Filem ini telah mencapai carta 10 filem tertinggi dalam kesemua 93 negara dan menduduki tempat No. 1 di 33 negara termasuk Korea Selatan, Malaysia, Brazil, Perancis, Mexico dan Filipina. K-Pop Demon Hunters diikuti dengan Huntr/x yang perlu berdepan dengan musuh paling hebat mereka setakat ini. Mereka merupakan sebuah kumpulan boy band syaitan yang kacak, Saja Boys, yang ingin merampas para peminat dan jiwa mereka. Apabila terungkap misteri tentang Rumi, vokalis utama Huntr/x, dia membentuk satu ikatan yang tidak dijangka dengan ketua Saja Boys, Jinu. Sepanjang perjalanan itu, Rumi, Mira dan Zoey sememangnya tampak glamor dan hebat ketika mereka menguasai pentas dan menumpaskan syaitan. Ketelitian dalam penggunaan solekan ketika membuat persembahan dan menanggalkannya selepas itu menjadikan filem ini tampak realistik.

Huntr/x dari K-Pop Demon Hunters
Lagu-Lagu Tema K-Pop Demon Hunters
Bukan sahaja carta filem ini, malah carta buat lagu-lagu tema filem ini juga mancanak naik. Soda Pop, Your Idol, Golden dan banyak lagi ialah lagu yang menaiki carta Billboard pada bulan Jun. Pada carta Billboard 200 minggu ini, runut bunyi untuk K-Pop Demon Hunters berjaya membuat kemunculan sulung di tangga nombor 8. Ia merupakan satu permulaan yang mengagumkan bagi muzik dari filem animasi muzikal. Filem ini turut mengambil inspirasi daripada sifat teaterikal K-pop moden. Mereka menampilkan suara nyanyian Ejae, Audrey Nuna dan Rei Ami untuk lagu-lagu asal Huntr/x, selain turut menampilkan beberapa kemunculan istimewa oleh bintang K-pop sebenar, TWICE, dalam runut bunyi tersebut.

Turut dikatakan, filem ini juga mengambil inspirasi dari segi konsep, ahli, lagu dan fesyen daripada kumpulan-kumpulan K-Pop sendiri. Saja Boys dikatakan diinspirasikan oleh beberapa kumpulan lelaki dari pelbagai generasi seperti Big Bang, EXO, BTS,Monsta X, Stray Kids, TXT dan ATEEZ. Manakala ketiga-tiga ahli Huntr/x diinspirasikan oleh kumpulan wanita seperti Blackpink, Twice dan Itzy. Turut dikongsi oleh juru animasi filem ini, salah satu babak Saja Boys juga diinspirasikan oleh persembahan solo Hyunjin dari Stray Kids.

Pautan berkaitan: 7 ‘BOY GROUP’ HANGAT GENERASI KE-5 K-POP
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026
2026 menjadi tahun yang direbuti oleh kumpulan K-Pop untuk mengadakan comeback yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
TOP 10 FILEM DI NETFLIX PATUT TONTON BULAN INI
Barisan filem Netflix yang berada di dalam senarai top 10 bulan ini memberi pelbagai genre yang mampu memenuhi malam minggu anda.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT
Kini K-Pop sudah menyerang dunia muzik, tetapi terdapat lagu-lagu K-Pop yang amat popular dan menjadi bukti populariti K-Pop sepanjang zaman.
THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025
The Asian Hot Chef List 2025: 5 chef dengan gaya, teknik, dan personaliti yang mencuri perhatian dan paling memikat di Asia.











