KENALI BRAYDEN OLSON, THE REAL ‘CHRISTIAN GREY’ DARI FILEM TRILOGI FIFTY SHADES
Novel erotis “Fifty Shades of Grey” ternyata popular dengan temanya. Yang pasti ramai sekali khususnya wanita-wanita sudahpun memiliki dan membaca novel tersebut hasil tangan penulis yang baru bertapak ddi dalam bidang seni penulisan antarabangsa iaitu E.L James. Yang menariknya, novel yang boleh diklasifikasikan sebagai untuk bacaan dewasa saja itu telah pun menjadi suatu fenomena di negara lain termasuk juga di Malaysia. Ini kerana rata-rata ramai wanita yang ‘jatuh cinta’ dengan karakter lelaki utama novel tersebut iaitu ‘Christian Grey’. Lelaki yang dikatakan sempurna pada mata setiap wanita itu namun memiliki rahsia yang sangat gelap.
Di dalam kedua filem trilogi tersebut, watak Christian Grey dibawakan oleh pelakon Hollywood berbakat, Jamie Dornan. Namun jangan terkejut sekiranya, Christian Grey sebenarnya benar-benar wujud. Introducing, Brayden Olson, the real life of Christian Grey!

(Photo credit: Shauna Kruse / Kruse Images Photography)
Melalui temubualnya bersama Business Insider, Brayden Olson berasa amat terkejut apabila dirinya disama dan dikaitkan dengan watak di dalam novel tersebut. Malah, Brayden juga mengakui sering menerima panggilan misteri dari wanita-wanita yang tidak dikenali, sehinggakan ada yang sanggup terbang untuk bertemu dengannya di Seattle iaitu tempat tinggal beliau. Baru berumur 27 tahun, Brayden sendiri adalah seorang usahawan di mana beliau menguruskan syarikatnya yang bergelar Wilhelm Enterprise, yang memfokuskan kepada teknologi pendidikan untuk mainan serta hartanah.

(Photo credit: Shauna Kruse / Kruse Images Photography)
“Saya sendiri tidak pernah pun membaca novel tersebut, dan saya percaya ia fiksyen semata-mata. Ya, mungkin ada sedikit persamaan saya sendiri adalah seorang usahawan yang berjaya, namun saya enggan dibandingkan kerana di luar sana hanya terdapat seorang Brayden Olson”, jelasnya lagi dalam temubual tersebut.
Selain memiliki rupa kacak, dan usia seakan ‘Christian Grey’, antara persamaan paling sama adalah beliau memakai sut setiap hari dan sentiasa menjaga penampilan. Namun, Brayden dilihat punya cita rasa yang lebih dalam pemilikan kereta. Sekiranya di dalam filem Fifty Shades of Grey, ‘Christian Grey’ memandu Audi R8, Brayden pula memandu BMW i8.

(Photo credit: Shauna Kruse / Kruse Images Photography)
Buat masa kini, Brayden masih belum menemui ‘Ms Anastasia Steele’ nya dan enggan mengulas lanjut tentang adakah dirinya juga punya “rahsia” gelap yang sama seperti ‘Christian Grey’.

(Photo credit: Shauna Kruse / Kruse Images Photography)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











