Skip to content

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

Kongsikan artikel ini

Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia pada bulan November ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen. 

Dunia perfileman tempatan bakal digegarkan dengan sebuah karya segar dan penuh warna, Klepet. Filem aksi-komedi yang dijangka menjadi antara tontonan paling menarik hujung tahun ini bakal ditayangkan pada 27 November 2025. Filem ini merupakan arahan Indra Putra (juga dikenali sebagai Sanji) di bawah produksi Respected Citizen Sdn. Bhd. Dengan barisan pelakon muda popular, filem ini semestinya sedia untuk mencuri perhatian.

Barisan Pelakon Muda Paling In Masa Kini

Menampilkan gandingan tiga nama besar generasi baharu, Aedy Ashraf sebagai Pali, Nadhir Nasar sebagai Jani, dan Meerqeen sebagai Wadi. Klepet membawa penonton menyelami kisah persahabatan, kekecohan dan konflik tak terduga yang berlaku sepanjang percutian mereka. Turut membintangi filem ini ialah Darina Porhun sebagai Lola, wanita misteri dari Ukraine yang mengubah perjalanan mereka sepenuhnya. Selain daripada Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat yang lain. Antaranya ialah Hun Haqeem, Arfie Shah, Fadhli Masoot, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Klepet Film (@klepetfilm)

Sinopsis: Percutian Bertukar Kekacauan

Bermula dengan suasana santai ketika tiga sahabat ini mengikuti trip motorhome, segalanya berubah apabila mereka bertemu Lola. Lola merupakan seorang wanita asing yang mendakwa sedang melarikan diri daripada sindiket penipuan dan penculikan. Dalam masa singkat, mereka terjebak dalam situasi kelakar dan penuh aksi. Daripada pemindahan wang tersilap hingga diburu kumpulan penjahat, menjadikan Klepet naskhah yang padat dengan elemen kejutan dan hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Klepet Film (@klepetfilm)

Satu lagi keistimewaan utama Klepet ialah gabungan aksi live-action dengan elemen komik dan animasi, menjadikannya sebuah filem yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga berani bereksperimen dengan bentuk visual baharu dalam sinema Malaysia. Lebih menarik, Klepet turut melancarkan komik kolaborasi khas bersama Kadokawa Gempak Starz berjudul UNDER 18 × KLEPET, yang berperanan sebagai prekuel kepada jalan cerita utama. Kolaborasi ini membuka ruang kepada penonton untuk meneroka dunia Klepet dengan lebih mendalam.

Pautan berkaitan: 6 K-DRAMA ANDA PATUT TONTON PADA BULAN OKTOBER 2025!

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rambut selebriti lelaki

6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
hun haqeem drama

6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA

Bacaan Lanjut
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA

SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut

FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025

Bacaan Lanjut
6 WATAK LELAKI HANGAT DALAM DRAMA SEPERTI THARIQ RIDZUWAN

6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN

Bacaan Lanjut
9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025

9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025

Bacaan Lanjut