LEDAKAN KOLABERASI PERTAMA THE ROCK X UNDER ARMOUR
Sekiranya anda peminat nombor 1 bintang gusti dan pelakon aksi terkenal The Rock atau Dwayne Johnson, anda pasti dalam melihat beliau banyak menyarung pakaian eksklusif Under Armour terutama sekali dalam filem francais terkemuka, Fast dan Furious. Pada Oktober 2015 lalu, aktor dan juga bekas atlit WWE itu secara rasmi menandatangani kerjasama dengan jenama apparel Under Armour, namun ketika itu masih belum ada projek yang dikhabarkan berlangsung.

(Photo credit: underarmour.com)
Namun semalam, pengumuman rasmi oleh beliau di laman rasmi Instagramnya ternyata mengujakan peminat dan pengemar pakaian jenama tersebut. The Rock dan Under Armour berkolaberasi dan mengeluarkan kasut latihan atau sneaker yang diberi nama #ROCKDELTA atau UA x Project Rock, . Jelas The Rock lagi, beliau sendiri menyarung kasut tersebut semasa bersenam dan berlatih di gim dan yakini kasut ini pasti memberikan pengalaman di tahap yang seterusnya.



https://www.instagram.com/p/BSgwiZdlpWI/?taken-by=therock
Barisan pakaian sukan atau gim ini tidak terhad kepada kasut saja, namun termasuk kemeja, leggings, stokin, seluar, beg, topi dan banyak lagi. Malah setiap item memiliki logo dan terpampang Brahma Bull” atau frasa “Blood, Sweat, Respect”. Berdasarkan siaran media, koleksi Projek Rock ini dipertingkatkan dengan teknologi SuperVent Under Armour, dengan “penyejukan , ruang pengudaraan dan pengurusan kelembapan yang dipertingkatkan”.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











