Skip to content

IRAS DATO’ ALIFF SYUKRI, IMRAN KHAN TIDAK SANGKA POPULAR DI BUMI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Tular di laman sosial mahupun sesawang gambar-gambar seorang model lelaki kacak persis usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Miliki rahang dan wajah hampir sama seakan satu ‘keajaiban’ yang tidak boleh dipertikaikan, menyebabkan netizen tiada henti mengaitkan dirinya dengan usahawan tersebut, sehingga Instagram model tersebut dibanjiri ratusan komen yang mengiyakan. Meet Imran Khan. Seorang model yang beroperasi di tanah air India yang terkenal dek wajahnya yang unik. Oleh itu, GL terpanggil untuk menghubunginya sendiri dan bertanyakan bagaimanakah rasa dirinya popular sekelip mata di bumi Malaysia.

GLAM LELAKI: Boleh Imran kongsikan dengan GL serba sedikit mengenai diri anda.

IMRAN KHAN: Hello buat semua pembaca GLAM Lelaki. Baiklah. nama saya Imran Khan, dan saya berasal dari India. Saya merupakan seorang model dan juga pereka bentuk dalaman. Saya berumur 25 tahun dan memulakan karier sampingan sebagai seorang model kira-kira 16 bulan yang lepas. Saya sebenarnya sangat suka beraksi di hadapan kamera, jadi saya merasakan inilah masanya! Selain itu, saya juga suka mengembara, membaca dan mempelajari benda-benda baharu.

GLAM LELAKI: Boleh Imran ceritakan serba sedikit mengenai karier Imran sebagai seorang model.

IMRAN KHAN: Pengalaman saya sebagai seorang model sangat hebat dan menarik walaupun seketika. Baru-baru ini, saya terlibat secara langsung untuk pengambaran muka hadapan untuk sebuah majalah terkemuka di Singapura. Selain itu saya juga banyak terlibat dalam beberapa editorial majalah, kempen pereka-pereka fesyen terkenal di India dan banyak lagi. Seterusnya, saya akan menjelajah ke Eropah dalam masa terdekat ini dan lihat sejauh mana saya boleh pergi.

(Photo credit: Instagram @ irak_boom @poopeson )

GLAM LELAKI: Sebagai seorang model, apakah aset terbaik yang ada pada diri anda?

IMRAN KHAN: Ramai berpendapat saya memiliki rahang (jaw line) yang menarik, jadi saya beranggapan itu adalah aset terbaik yang saya miliki buat masa ini, namun saya bersyukur dengan segala pemberian dari Tuhan yang mencipta saya seadanya.

GLAM LELAKI: Sebagai seorang model, mungkin Imran boleh kongsikan tip terbaik untuk bergelar seorang model yang berjaya. 

IMRAN KHAN: Tip pertama, cermin adalah BFF anda. Jadi ambil masa untuk sentiasa ‘berhadapan’ dengan cermin, belajar untuk pose dan kenal pasti bentuk tubuh anda. Kedua, perlu tahu asas pemahaman tentang pencahayaan, dan yang ketiga, perlu sentiasa ceria, ramah dan bersedia untuk lakukan apa saja. Jika anda benar-benar gembira dan berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran anda, anda pasti akan ditempah semula. Bidang peragaan bukannya mudah. Always be the hardest worker in the room, and have complete faith in your self that you are made for this. Itulah motto saya.

GLAM LELAKI: Baru-baru ini, anda dikaitkan dengan salah seorang usahawan berjaya Malaysia, iaitu  Dato’ Aliff Syukri kerana memiliki rupa dan wajah yang hampir sama. Jadi apa pandangan anda mengenai isu ini dan bagaimana reaksi anda? 

IMRAN KHAN: Mula-mula terkejut juga disebabkan saya langsung tidak mengenali siapa Dato’ Aliff Syukri yang sebenarnya. Namun, saya mendapat banyak masej serta komen di ruangan Instagram saya mengatakan saya seiras dengan usahawan tersebut. Pelik dan pada masa yang sama kelakar. Namun, saya terbuka dengan peluang untuk bekerjasama dengan beliau suatu masa nanti, khas untuk rakyat Malaysia.

Perbandingan cukup sama antara Imran Khan (Kiri) dan Dato’ Aliff Syukri (Kanan) Photo credit: @aliffsyukriterlajaklaris @irak_boom

GLAM LELAKI: Memiliki wajah seiras dengan seseorang yang dikenali, adakah ianya satu kelebihan atau sumpahan?

IMRAN KHAN: Bagi saya, ia menyeronokkan kerana memiliki wajah seiras dengan orang lain (doppelgänger). Sesuatu yang sudah lama saya impikan, asalkan beliau tidak terjun juga dalam bidang modeling sudahlah (sambil tergelak kecil).

GLAM LELAKI: Anda juga dilihat memiliki tubuh yang tegap dan menawan? Apakah rahsia penjagaan tubuh badan anda?

IMRAN KHAN: Saya cuba untuk makan secara sihat dalam kuantiti yang kecil semampu boleh. Saya juga akan cuba mengelak untuk mengambil karbohidrat selepas pukul 7 malam. Di pagi hari, saya akan pastikan diri saya aktif dengan melakukan rutin senaman dua kali sehari, termasuk latihan kardio berintensiti tinggi seperti lari 10km, berenang dan lain-lain. Di sebelah petang pula, saya akan melakukan rutin mengangkat beban dan latihan bar. Saya juga sering mencampur adukkan senaman mengikut kesesuaian dan kegemaran.

GLAM LELAKI: Kata-kata terakhir buat peminat baru anda di Malaysia

IMRAN KHAN: Kepada semua peminat baru dan keluarga Malaysia saya, saya amat menghargai atas rasa cinta dan kata-kata positif yang diberikan. Saya berharap untuk dapat turun lagi ke Kuala Lumpur. #MuchLoveMalaysia let’s get this hashtag trending!

Sumber foto: Imran Khan dan Instagram @irak_boom

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Bacaan Lanjut