Skip to content

KOMITMEN BURBERRY CAPAI CLIMATE POSITIVE MENJELANG 2040

Kongsikan artikel ini

Burberry memulakan langkah untuk menjadi label fesyen mewah pertama yang tekad untuk mencapai Climate Positive menjelang 2040 dengan inisiatif yang lebih lestari.

Label ikonik kota London, Burberry menggerakkan komitmen lestari yang baharu dan bold dengan memulakan langkah untuk menjadi label fesyen mewah pertama yang tekad untuk mencapai Climate Positive menjelang 2040. Ia melangkaui komitmen net zero mereka pada 2040 yang mahu dilaksanakan dengan melaburkan dalam inisiatif utama untuk menyokong usaha perubahan iklim yang lebih meluas.

“Burberry diasaskan dengan semangat untuk mengeksplorasi persekitaran serta dunia luar, dan ia masih kekal sebagai inspirasi kami untuk lebih 150 tahun. Dilakarkan daripada warisan eksplorasi dan dipacukan oleh semangat kreatif, hari ini, kami meletakkan petanda aras yang baharu dan bold: untuk menjadi Climate Positive menjelang 2040. Sebagai sebuah syarikat, kami bersatu di bawah keazaman untuk menjadi penggerak ke arah kebaikan di dunia. Dengan mengukuhkan komitmen kelestarian, kami akan melangkah lebih jauh untuk membantu memelihara planet kita untuk generasi akan datang,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Burberry, Marco Gobbetti.

Dalam siri komitmen untuk mencapai Climate Positive, Burberry akan menetapkan standard baharu dalam industri fesyen dengan berdasarkan sains persekitaran. Ini termasuklah dengan mengurangkan emisi di seluruh rantaian bekalan sebanyak 46 peratus menjelang 2030 dan memulakan projek yang akan menyokong yang lain dalam pengurangan karbon ke atmosfera.

Burberry turut mengumumkan sokongan mereka kepada Fashion Avengers iaitu gabungan organisasi fesyen global yang bersatu untuk menginspirasikan usaha untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDGs) oleh United Nations. Dengan itu, Burberry akan menyokong Forest for Change, sebuah instalasi UN Global Goals yang dihasilkan oleh pereka British, Es Dvelin untuk London Design Biennale 2021. Dari 1 sehingga 27 Jun 2021, kawasan Somerset House di London akan ditransformasikan menjadi hutan, dalam mengajak pengunjung untuk diperkenalkan dengan 17 UN Global Goals.

Foto: Burberry

Baca lebih lanjut: TEMU BUAL BERSAMA PELAKON UTAMA LUPIN, OMAR SY & LUDIVINE SAGNIER (SPOILER ALERT)

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Gucci Cruise 2025

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN GUCCI CRUISE 2025 DI SINI

Bacaan Lanjut

3 TIP PERSIAPAN RAYA YANG MUDAH DI RUMAH UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
DESTINASI PELANCONGAN ANDA PERLU KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA TAHUN INI

DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023

Bacaan Lanjut

UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

MENGAPA GEORGE CLOONEY MEMEGANG CAWAN KOPI KOSONG?

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG THAILAND, BRIGHT VACHIRAWIT

Bacaan Lanjut