Skip to content

libido rendah beri kesan pada seksual lelaki

LIBIDO LELAKI MERUDUM? INI PETANDA STRES KUASAI TUBUH ANDA

Kongsikan artikel ini

Pernah tak tiba-tiba rasa seakan nafsu itu hilang entah ke mana? Nak kata tidak tertarik, bukan. Tetapi keinginan itu lesap. Itulah hakikatnya apabila lelaki alami libido rendah dan kebiasaannya, puncanya bukan fizikal, tetapi stres yang terpendam.

Ramai tidak sedar apabila tekanan mula ‘makan dalam’. Hari-hari kerja, fikir tanggungjawab, ingin menjadi pelindung dan penyokong semua orang. Namun siapa yang jaga kesihatan diri sendiri? Dalam diam, tekanan itu menjejaskan keseimbangan hormon dan membunuh keinginan seksual.

Masalah ini bukan luar biasa. Ia semakin biasa, cuma jarang dibincangkan. Lelaki sering didesak untuk kelihatan ‘ok’, walaupun dalaman semakin kosong. Malangnya, bila nafsu mula pudar, ramai rasa malu dan memilih untuk diam hingga akhirnya hubungan, emosi, dan harga diri turut terjejas.

Tekanan Bunuh Nafsu: Apa Sebenarnya Berlaku?

Kredit foto: Getty Images

Setiap kali kita tertekan, tubuh hasilkan lebih banyak kortisol. Hormon ini bantu kita kekal ‘alert’, tetapi dalam jangka panjang ia mengganggu hormon testosteron. Apabila hormon lelaki ini menurun, libido rendah jadi kesan pertama. Badan jadi lesu, minda letih, dan nafsu? Hilang arah.

Tanda-Tanda Anda Alami Libido Rendah

libido rendah beri kesan pada seksual lelaki

Kredit foto: Getty Images

  • Tiada keinginan untuk seks walaupun bersama pasangan sendiri

  • Sukar fokus, mudah terganggu atau murung

  • Ereksi tidak stabil atau langsung tiada

  • Letih sepanjang masa walaupun cukup tidur

Bukan semua tanda ini ketara, tetapi bila mula muncul satu demi satu, itu petanda serius bahawa tubuh perlukan perhatian.

Cara Pulihkan Libido Secara Semula Jadi

  1. Ambil masa untuk berehat dari rutin harian. Keluar dari rutin walau sekejap boleh beri kesan besar pada minda.

  2. Tidur yang berkualiti. Elak skrin sebelum tidur dan pastikan anda benar-benar rehat.

  3. Senaman ringan secara konsisten. Bukan untuk badan sado semata, tetapi untuk melancarkan peredaran darah dan hormon.

  4. Makan makanan yang bantu hormon. Contohnya, telur, tiram, kekacang, dan sayur berdaun hijau.

  5. Bercakap dengan seseorang. Sama ada kaunselor, doktor, atau sahabat, jangan pendam sendiri.

 

Libido rendah bukan sekadar isu seksual. Ia petanda awal bahawa tubuh dan jiwa anda sedang minta tolong. Dalam dunia yang semakin menekan, menjaga kesihatan mental sama pentingnya dengan menjaga fizikal. Lelaki juga layak untuk ambil masa, untuk pulih, dan untuk kembali rasa hidup.

Kerana musuh sebenar bukan di atas katil, tetapi tekanan yang kita tidak lepaskan.

Artikel berkaitan: BAGAIMANA STRES, DIET DAN TIDUR MEMPENGARUHI NAFSU SEKSUAL LELAKI