PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025
KLFW 2025 bakal dimeriahkan dengan rekaan dari pereka-pereka generasi baharu yang bakal mengejutkan peminat fesyen dengan koleksi mereka.
Dalam dunia fesyen yang semakin kompetitif dan penuh warna, kehadiran pereka lelaki muda yang berani menerobos batas norma mencuri perhatian. Kuala Lumpur Fashion Week KLFW 2025 menyaksikan gelombang segar dari generasi baharu. Barisan pereka lelaki tunggal yang bukan sahaja memiliki identiti reka bentuk tersendiri, malah membawa naratif peribadi dan budaya lokal ke pentas antarabangsa. Mereka bukan sekadar menyulam fabrik menjadi busana, malah mencipta ruang untuk suara dan visi mereka. Ia juga supaya suara mereka diketengahkan dalam industri yang sering dipenuhi stereotaip. Dari eksperimen siluet hinggalah kepada penekanan pada keterangkuman dan inovasi, inilah 7 pereka fesyen lelaki tunggal generasi baharu yang wajar diberi perhatian di KLFW tahun ini.
#1 Uzair Shoid
Sering dilihat bermain dengan warna, Uzair merupakan pereka muda yang akan kembali ke KLFW 2025 untuk tampilkan koleksinya. Bermula dengan penyertaannya dalam pertandingan KL Designer Search 2022,Uzair meraih tempat 10 teratas. Kini, dia bakal membuka KLFW 2025 dengan rekaan-rekaan hasil kerja kerasnya. Cukup mementingkan warisan, rekaan Uzair Shod amat unik dengan elemen penggunaan warnanya.
#2 Hasz Hishaam
Kali kedua menyertai KLFW, pereka muda Hasz Hisham menjadi salah seorang generasi baru yang membarakan lagi api KLFW 2025. Majlis bertunang, perkahwinan, acara istimewa serta muzik video, semua individu penting dalam kategori ini memakai rekaan Hasz Hishaam yang cukup unik. Rekaan-rekaannya turut menarik mata orang ramai untuk dilihat.
#3 Salahuddin Hilmi
Sebagai salah seorang pemenang pertandingan KL Designer Search 2024, Salahuddin Hilmi dikatakan antara pereka generasi baharu yang termuda menampilkan koleksinya di KLFW tahun ini. Akan berada di bawah naungan AirAsia bersama Raja Irfan dan Mei Mei, koleksi unik ini antara yang dinanti-nantikan. Tahun ini, Salahuddin Hilmi turut membawa nama ke peringkat antarabangsa dengan kehadirannya di Lao Fashion Week 2025.
#4 Akmal Hakim
Sebagai salah seorang pereka berbakat muda untuk minggu fesyen tahun ini, Akmal Hisham bakal membuat kemunculan di KLFW 2025. Menjadi kepakarannya dalam mereka rekaan 3D, koleksi Akmal Hakim pernahh disarung oleh nama-nama besar seperti Aina Abdul, Sweet Qismina, Shila Amzah dan ramai lagi. Koleksi Akmal Hakim menjadi salah satu penantian buat peminat fesyen yang menyukai rekaan penuh perincian.
Pautan Berkaitan: ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
BEHATI MENGANGKAT LEGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG KE ERA MODEN
BEHATI menghidupkan legenda Puteri Gunung Ledang menerusi koleksi Bangsawan dengan sentuhan fesyen moden yang penuh karakter.
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.











