MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
Selepas 16 tahun, pasukan bola sepak Manchester United akhirnya bakal kembali ke Malaysia untuk sesi jelajah dunia mereka. Kumpulan dari United Kingdom itu bakal menentang pasukan ASEAN All Stars dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada 28 Mei 2025. Bekas juara Liga Perdana Inggeris itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menunjukkan bakat bola sepak masing-masing.
Pasukan bola sepak antarabangsa itu kemudian bakal bergerak ke Hong Kong untuk berlawan dengan pasukan kebangsaan Hong Kong pada 30 May 2025 di Stadium Hong Kong. Beberapa spekulasi telah dibuat oleh peminat-peminat bola sepak tentang pemain yang dijangka bakal bermain di dalam pasukan ASEAN All Stars. Pemain Malaysia yang menjadi pilihan ramai sudah tentu Arif Aiman dari pasukan JDT. Selain itu, nama-nama seperti Harith Haikal dan Dion Cools juga dipetik berdasarkan impak mereka di dalam industri bola sepak Malaysia.
Sebagai peminat pasukan Manchester United, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak tinggal dari menunjukkan kegembiraannya dengan berita ini. “Semua negara ASEAN turun sebagai sebuah pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU” ujarnya di aplikasi Instagram.
Harga tiket untuk perlawanan ini sudah dikeluarkan. Bermula dengan RM150 dengan tiket termurah, harga tiket perlawanan ini mencecah sehingga RM1,500!
Pautan Berkaitan: 7 PEMUZIK MUDA MALAYSIA ANDA PATUT KENALI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024
Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK
Noah Beck mula mencipta nama selepas video-videonya tular ketika pandemik melalui platform media sosial, TikTok.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG
Walaupun sudah tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia 2022, pemain kebangsaan Korea Selatan, Cho Gue-sung terus menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia.
ALASAN CRISTIANO RONALDO MENINGGALKAN MANCHESTER UNITED
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo telah sah akan meninggalkan kelab Manchester United buat kali kedua dengan “immediate effect”.
AIR MATA DAVID BECKHAM TUMPAH DI WESTMINSTER HALL
Kelibat David Beckham dirakam beratur bersama ribuan rakyat jelata untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth II.
#GL15TAHUN CUP OF HOPE AND SUCCESS, ZAQUAN ADHA
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan CUP OF HOPE AND SUCCESS, ZAQUAN ADHA