Skip to content

MENGAPA ANUGERAH AKADEMI DIGELAR SEBAGAI OSCAR?

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Menurut beberapa sumber, gelaran Oscar ini telah diberikan oleh tiga individu iaitu pustakawati pertama Akademi, Margaret Herrick; wartawan, Sidney Skolsky; dan pelakon, Bette Davis. Selepas melihat trofi yang direka oleh Cedric Gibbons, Margaret Herrick telah mengatakan ia kelihatan seperti bapa saudaranya, Uncle Oscar. Kemudian, dia telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Akademi sehingga 1971, dan Perpustakaan Oscar dinamakan sebagai Margaret Herrick Library.

Wartawan, Sidney Sklosky pula merasakan dia yang pertama menggelarkan Anugerah Akademi sebagai Oscar. Ia mengambil nama pemilik teater Broadway, Oscar Hammerstein Sr. yang sering menjadi bahan jenaka dengan ayat “Will you have a cigar, Oscar?” yang telah ditulis oleh Sidney dalam kolum beritanya. Malah, TIME Magazine turut mengiktirah dengan sumber ini.

Brie Larson, Leonardo DiCaprio dan Alicia Vikander. (Photo by Jason Merritt/Getty Images)

Manakala, pemenang dua trofi Anugerah Akademi sendiri pelakon, Bette Davis juga mendakwa dia yang pertama menggunakan gelaran Oscar. Selepas memenangi anugerah untuk filem “Dangerous” pada 1936, dia menyatakan trofi “tanpa pakaian” itu mengingatkan kepada suaminya, Harmon Oscar Nelson Jr selepas dia keluar dari kamar mandi.

Filem apakah yang akan mengungguli majlis tahun ini? Anugerah Akademi ke-94 boleh ditonton secara langsung melalui Astro pada jam 8 pagi. Acara karpet merah pula akan bermula pada 6:30 pagi secara eksklusif di saluran Showcase Movies (413) atau Astro GO.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022

2 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut

5 FILEM HERO FIENNES TIFFIN DENGAN RATING TERTINGGI

Bacaan Lanjut