RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Untuk musim bunga/panas 2022, Karl Lagerfeld menceduk inspirasi daripada elemen alam semulajadi dalam gaya estetika rock yang kekal menjadi signature label.
Legenda fesyen dunia, Karl Lagerfeld merupakan seorang yang mengagumi langkah permulaan yang baharu. Dalam mengesetkan semula budaya dan pembaharuan, label Karl Lagerfeld meraikan sisi kehidupan dalam ketulenan bentuk sebenar. Musim bunga/panas 2022 ini, himpunan terbaharu menceduk inspirasi daripada elemen alam semulajadi seperti tanah, udara, api dan juga air.
Pengaruh elemen natural ini boleh dilihat pada keseluruhan koleksi dalam pemilihan cetak, fabrik serta palet warna. Dalam masa yang sama, estetika rock nan sleek dikekalkan dalam menyerlahkan pembaharuan, keyakinan dan paling utama, evolusi gaya Karl Lagerfeld. Seleksi pertama menampilkan rekaan dalam stail musim panas bersama cetak yang mencuri perhatian.
Dinspirasikan daripada tanah dan udara, Karl Lagerfeld mengangkat konsep natural ini melalui pemilihan warna-warna terang serta seleksi cetak yang tersendiri. Setiap rekaan boleh digayakan dalam koordinasi yang sepadan, ataupun secara berasingan untuk mencipta stail yang lebih personal untuk menyerlahkan padanan yang on-point.
Koleksi Karl Lagerfeld buat lelaki musim ini membariskan sut Safari, baju kait, serta monogram elegan yang mendominasi bersama beberapa rekaan denim yang uniseks dan lebih natural. Tidak lengkap tanpa helaian yang menonjolkan logo label yang kekal menjadi signature. Tahun 2022 ini, logo bermusim yang baharu diperkenalkan dalam memberikan interpretasi yang lebih segar.
Selari dengan inspirasi daripada alam semulajadi, Karl Lagerfeld turut menekankan aspek kelestarian dan mesra alam pada musim ini. Fabrikasi kitar semula dan lebih lestari menjadi tunjang kepada rekaan yang banyak bermain dengan tekstur dan campuran material yang mencuri inspirasi daripada kepelbagaian budaya di Bumi.
House of Karl Lagerfeld berkongsi visi ikonik dan estetika rekaan daripada legenda fesyen dunia, Karl Lagerfeld yang merupakan pengasas label. Koleksi musim bunga/panas 2022 ini boleh didiapati di stor label yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur, atau secara atas talian di sini.
Foto: Archi Luxury Group
Baca lebih lanjut: TEROKAI DUNIA NESPRESSO MIAMI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi's dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Kolaborasi ini, menerapkan ciri khas Stussy kedalam koleksi denim Levi's bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA
Dalam meneruskan momentum kelestarian global, Uniqlo bakal memperkenalkan RE.UNIQLO Studio di DA Square dengan servis ‘Repair, Reuse, dan Recycle’ untuk mengurangkan sisa pakaian.
KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI
Menghargai sokongan yang diberikan peminat, konsert Ungu di Kuala Lumpur akan dilanjutkan satu hari lagi sebagai kejutan buat peminat di Malaysia.
PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan sejak 149 tahun dengan menceduk inspirasi untuk sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.
KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.
KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC
Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.