Skip to content

MENGAPA GEORGE CLOONEY MEMEGANG CAWAN KOPI KOSONG?

Kongsikan artikel ini

Kempen The Empty Cup menandakan buat kali pertama George Clooney digambarkan memegang cawan kosong untuk menggantikan kopi Nespresso.

Dalam meraikan Hari Kopi Antarabangsa, Nespresso selaku peneraju kopi berkualiti mahu menonjolkan ancaman perubahan iklim kepada pengeluaran kopi global dan usaha untuk melindunginya. Bintang Hollywood, George Clooney menerusi kempen The Empty Cup tampil dengan cawan kopi yang kosong sebagai simbol risiko yang dihadapi penanam kopi di seluruh dunia.

Kempen The Empty Cup menandakan kali pertama bintang filem terbaharu “Ticket to Paradise” iaitu George Clooney yang merupakan duta jenama jangka panjang Nespresso, digambarkan memegang cawan kosong untuk menggantikan kopi Nespresso.

“Ancaman perubahan iklim adalah nyata dan petani kopi berada di barisan hadapan. Adalah penting untuk kita memperkasakan komuniti ini untuk membina daya tahan kewangan dan alam sekitar, supaya mereka bukan sahaja dapat bertahan tetapi berkembang maju dan makmur,” kata George Clooney.

Tambahnya lagi, “Konsep ini asas kepada pendekatan Nespresso. Namun usaha ini bukan sekadar untuk kopi. Perubahan iklim bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki oleh sebuah syarikat atau industri. Ia memerlukan tindakan segera dan berani pada skala global. Risiko yang kita hadapi adalah tinggi.”

Menjamin dan melindungi masa depan kopi berkualiti tinggi merupakan teras kepada strategi Nespresso sejak 20 tahun yang lalu. Dilancarkan pada 2003 dengan Kerjasama Rainforest Alliance, Program Nespresso AAA Sustainable Quality dapat membantu meningkatkan hasil dan kualiti penuaian sambil melindungi alam sekitar dan meningkatkan kehidupan petani dan komuniti mereka.

Kesan perubahan iklim dirasai secara teruk di Puerto Rico di mana lima tahun lalu, taufan memusnahkan pengeluaran kopi sebanyak 80 peratus tanaman di kepulauan itu. Berkat usaha program pelbagai pihak, termasuk Nespresso, hasil tuaian tahun ini buat pertama kali diramalkan kembali ke paras sebelum berlakunya taufan tersebut.

Foto: Nespresso Malaysia

Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2022 [UPDATED]

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI

4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI

Bacaan Lanjut
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK

6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS

Bacaan Lanjut
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut