MENGHUBUNGKAN DUNIA KE ARAB SAUDI, SAUDIA TAMBAH 25 DESTINASI PENERBANGAN BAHARU DI SELURUH DUNIA
Dari London ke Beijing, SAUDIA bersama syarikat penerbangan kos rendah, flyadeal menambah 25 destinasi baharu selain perkhidmatan “Tiket Anda Visa Anda” untuk transit dan ibadah umrah.
SAUDIA Group meneruskan penguasaan mereka dalam dunia penerbangan antarabangsa dengan menambah lagi beberapa destinasi utama seperti London Gatwick; Beijing, China; dan Nice, Perancis. Bermula tahun 2023, SAUDIA bersama syarikat penerbangan kos rendah, flyadeal akan menambah 25 destinasi baharu untuk menghubungkan dunia ke Arab Saudi.
Berikut adalah 25 destinasi penerbangan dan percutian baharu oleh Syarikat Penerbangan Nasional Saudi Arabia (SAUDIA) dan flyadeal bermula tahun ini:
- Beijing, China
- Birmingham, United Kingdom
- Chittagong, Bangladesh
- Dar es Salaam, Tanzania
- Djibouti
- Johannesburg, Afrika Selatan
- Kano, Nigeria
- London Gatwick, United Kingdom
- Malaga, Spain
- Mykonos, Greece
- Nice, France
- Baghdad, Iraq
- Lisbon, Portugal
- Sharm el Sheikh, Mesir
- Tbilisi, Georgia
- Baku, Azerbaijan
- Trabzon, Turki
- Izmir, Turki
- Antalya, Turki
- Bodrum, Turki
- Sarajevo, Bosnia
- Heraklion, Greece
- Rhodes, Greece
- Larnaca, Cyprus
- Tivat, Montenegro
Ticket Anda Visa Anda
Bermula pada tahun ini juga, SAUDIA telah mengumumkan pelancaran “Tiket Anda Visa Anda” pada bulan Januari. Perkhidmatan pertama seumpama ini menyediakan penumpang dengan akses yang lebih mudah ke Arab Saudi melalui sistem integrasi digital yang menghubungkan terus visa transit dengan tiket penerbangan. Ia bertujuan untuk menggalakkan para penumpang menunaikan umrah, melawat destinasi utama dan menghadiri acara semasa transit nanti.
Perkhidmatan baharu ini, yang meliputi semua lapangan terbang antarabangsa di Arab Saudi, akan membenarkan penumpang untuk menetap sehingga 96 jam. Ia bagi membolehkan mereka mengembara di sekitar Arab Saudi dan menunaikan ibadah Umrah. Integrasi digital dengan Kementerian Luar Negeri memudahkan pengeluaran visa transit dan menghubungkannya dengan tiket penerbangan SAUDIA dalam masa tiga minit.
Diasaskan sejak 1945, Saudi Arabian Airlines (SAUDIA) merupakan syarikat penerbangan national Saudi Arabia. Hari ini, ia menjadi antara syarikat penerbangan terbesar di rantau Timur Tengah dengan memiliki 142 pesawat, termasuk jet berbadan lebar terbaharu dan tercanggih yang terkini. Antaranya B787-9, B777-300ER, Airbus A320-200, Airbus A321 dan Airbus A330-300.
Sepanjang tahun lepas, inisiatif SAUDIA telah memperoleh pengiktirafan sebagai Syarikat Penerbangan Global 5 Bintang dan penarafan DIAMOND dalam kategori Keselamatan Kesihatan APEX. SAUDIA mempunyai 30 penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Jeddah setiap bulan.
Foto: SAUDIA Group
Baca lebih lanjut: KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI PERCUTIAN AKHIR TAHUN 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
Memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas bekerja keras, tetapi tidak pasti ke mana harus pergi? GLAM Lelaki telah menemui 5 tempat percutian terbaik untuk dilawati pada bulan Disember ini.
“SAYA ANGGAP REZEKI!” – ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI
Aktor Sangkar, Zul Ariffin meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki menunaikan rukun islam kelima.
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI
Tinjau kehidupan bintang bola sepak tersohor, Ronaldo dan keluarga besarnya selepas tiga bulan menetap di negara Timur Tengah.
5 KERABAT DIRAJA TERKAYA PADA 2022
Kerabat Diraja Britain sering mempamerkan koleksi barang kemas mewah mereka kepada umum, namun ini bukan bermakna mereka terkaya di dunia.
SET HAJI & UMRAH TANAMERA BANTU LANCARKAN IBADAH DI TANAH SUCI
Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera merupakan set kelengkapan kebersihan peribadi yang harus dibawa ke Tanah Suci, mahupun bila ke destinasi lain.
FAKTA MENARIK RAJA ARAB SAUDI, RAJA SALMAN ABDULAZIZ AL-SAUD
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan diplomatik empat hari. Ini fakta-fakta menarik mengenai baginda.