Skip to content

MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.

Menjelang 22 Januari 2023 nanti, masyarakat Tionghua di seluruh dunia bakal menyambut kehadiran tahun baharu. Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran Cina dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.

menu tahun baru cina di W Kuala Lumpur

W Kuala Lumpur terkenal sebagai label gaya hidup ikonik yang berani, lebih-lebih lagi dalam menyajikan seleksi menu yang luar biasa dan menyelerakan. Untuk Tahun Arnab kali ini, restoran YEN akan membariskan pilihan kulinari eksklusif kepada pengunjung seperti menu set, menu ala-carte, variasi pilihan Yee Sang, seleksi dim sum istimewa, minum petang One Two Tea, serta koleksi CNY Hamper sebagai hadiah.

 

Menu Tahun Baharu Cina Pilihan Chef Weng di YEN

YEN merupakan sebuah restoran di aras 11 di W Kuala Lumpur. Restoran yang menyajikan hidangan mesra Muslim ini diketuai oleh Cef Tan Kim Weng yang pakar dalam hidangan Kantonis dan Szechuan. Kali ini, restoran ini menawarkan menu set Four Reunion serta seleksi dim sum, pemanis mulut dan menu ala-carte sebagai tambahan.

Menu Set Four Reunion ini boleh dinikmati bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang mahukan kelainan. Antara menu set yang disediakan termasuklah Spot of Sunshine (RM238 seorang), Prosperous Life Forever (RM328 seorang), Wishing You Prosperity (RM368 seorang), dan Double Happiness (RM428 seorang).

Bersempena musim perayaan ini juga, YEN turut menyediakan seleksi menu dim sum istimewa untuk dinikmati bersama nanti. Antaranya Steamed Prosperity Mandarin Orange Dumpling, Bird Nest; Oven Baked Fatt Choi Abalone Pie, Chicken Onion Filling; Steamed Shanghainese Fortune Dumplings, Herbs Broth, Gold Flake dan Deep-Fried Golden Pastry, Shredded Turnip, Mozzarella Cheese.

Jangan lupa untuk memesan hidangan signature yang popular di restoran YEN seperti Braised “Monk Jump Over The Wall”, Superior Chicken Soup; dan Braised Premium Assorted Hot Dish (Poon Choy). Juga hidangan Steamed Sliced Tiger Grouper Fish, Teochew Style (400G); Wok Fried Alaska Scallop, Asparagus, Egg White, Caviar serta Wok Fried Organic Orzo, Braised Sabah King Prawn.

Semua menu istimewa ini boleh dinikmati sehingga 5 Februari 2023.

 

Lucky Toss Yee Sang

Saban tahun, pastinya tidak sempurna sambutan Tahun Baharu Cina tanpa hidangan Yee Sang. W Kuala Lumpur menyediakan beberapa variasi Yee Sang yang menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti.

menu tahun baharu cina di W Kuala Lumpur

  • Premium Jelly Fish Yee Sang, Korean Snow Pear, Red Palm Oil – RM168 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM278 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)

  • Norwegian Salmon Fish Yee Sang, Air Dried Szechuan Fish Chips, Crispy Salted Egg Fish Skin, Red Palm Oil – RM188 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM298 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)

  • Crispy Lobster Meat, Soft Shell Crab Yee Sang, Red Palm Oil – RM228 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM368 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)

  • Premium Caviar, Gold Flakes, Truffle Oil, Abalone Yee Sang, Red Palm Oil – RM288 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM468 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)

Juga terdapat pilihan Lucky Toss Yee Sang W2GO yang boleh dinaikmati di rumah, dan boleh ditempah sehingga 5 Februari 2023 melalui https://lunarnewyear.oddle.me/en_MY/ pada harga RM298 untuk setiap hidangan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Foto: W Kuala Lumpur

Baca lebih lanjut: MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Restoran

5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’

Bacaan Lanjut
sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut