Skip to content

MILAN FASHION WEEK 2026 DIBUKA DENGAN PERNYATAAN GAYA

Kongsikan artikel ini

Ibu kota fesyen Itali, Milan, kini bergelora. Beberapa hari memasuki Milan Fashion Week 2026, bandar ini hidup dengan ‘musim runway’, koleksi dramatik, dan barisan selebriti yang memukau di front row.  Daripada pelakon Hollywood hinggalah bintang pop culture yang sedang naik. Suasananya terasa seperti renaissance: gabungan klasik Itali dengan pengaruh pop culture global.

Dsquared2

Salah satu momen paling hangat minggu ini ialah debut Hudson Williams di runway Dsquared2 Fall/Winter 2026. Williams Hudsin yang merupakan pelakon utama dari Heated Rivalry, membuka persembahan dengan layered outerwear bertema musim sejuk. Gabungan nylon hijau, patchwork denim biru, dan but hitam chunky, menonjolkan gaya atletik dan sentuhan Kanada. Debutnya ini kini menjadi bualan setiap media fesyen antarabangsa.

Ralph Lauren Front Row 

Ralph Lauren kembali dengan persembahan yang terasa seperti East Coast prep bertemu kemegahan Itali. Layered tweed, sweater ski tangan rajut, dan tailoring ala Texas. Front row dipenuhi bintang: Henry Golding, Liam Hemsworth, Tom Hiddleston, dan Colman Domingo hadir, meresapi vibe preppy-musim sejuk.

Liam Hemsworth tampil cool dengan layered neutral dan overcoat wool tailor-made.

 

Tom Hiddleston memadankan elegan dengan tailoring mudah diakses, menunjukkan gaya klasik tetap menarik di front row Milan.

Henry Golding dan Jeffrey Ngai turut hadir ke Ralph Lauren Men’s Fall/Winter 2026.

 

Nick Jonas memadankan gaya klasik bersama suit berona neutral dan Colman Domingo menggayakan 3-piece suit beserta overcoat.

Turut hadir di barisan hadapan, Noah Schnapp bintang muda dari filem Stranger Things.

Trending Dari Runway & Street Style

1) Tailoring & Outerwear Jadi Fokus Utama

Di Paris Fashion Week, potongan klasik seperti statement coats, jaket berstruktur besar dan tailoring tajam mendominasi pentas peragaan.  Memberi penekanan kepada siluet yang kuat dan berautoriti. Trench coat, suits dan workwear antara gaya mendapat perhatian sekitar Paris Fashin Week 2026.

2) Warna-warna Baru & Iridescent

Pentas Milan menyaksikan warna iridescent dan tona batu permata (seperti ungu dan biru lapis) muncul dalam koleksi Armani, memperbaharui estetika klasik jenama dengan dimensi visual yang lebih hidup.

3) Aksesori Ikonik (Eyewear)

Di Paris Men’s Fashion Week, cermin mata menjadi aksesori utama, menonjol tidak hanya sebagai keperluan tetapi juga sebagai elemen gaya yang memperkuat identiti visual seseorang. Variasi dari frame klasik ke reka bentuk futuristik mencerminkan kepelbagaian personaliti fesyen moden.

4) Siluet Modern & Eksperimen

Trend ‘Baggy’ di kedua-dua bandar ialah siluet yang diperbesarkan. Dari bahu lebar hingga struktur dramatik, refleksi kepada fesyen yang semakin menekankan naratif gaya dan estetika progresif.

Seorang tetamu mencuri perhatian di luar Études Studio sempena Paris Fashion Week Menswear Fall/Winter 2026–2027 dengan penampilan yang berani dan sarat ekspresi visual.’Beanie’ oren dan kaca mata berlensa kuning mencipta kontras warna yang segar. Dipadankan bersama jaket bomber satin hijau zaitun yang dilapisi kemeja bercetak potret grafik bersaiz besar. Siluetnya dipadankan dengan skirt hitam berpotongan asimetri yang digayakan di atas seluar wide-leg kelabu metalik. Menjadiakan permainan ‘layering’  yang moden dan tidak konvensional. Aksesori seperti beg nilon hitam bersaiz besar serta sandal hitam dengan tali kelabu melengkapkan keseluruhan gaya.

Artikel Berkaitan: PARIS MEN’S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Bacaan Lanjut
PARIS MEN'S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?

PARIS MEN’S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?

Bacaan Lanjut
selebriti wanita

KENAL PASTI 5 SELEBRITI & PERSONALITI MEDIA SOSIAL WANITA YANG CANTIK & FREE HAIR

Bacaan Lanjut
fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut