MILAN FASHION WEEK 2026 DIBUKA DENGAN PERNYATAAN GAYA
Ibu kota fesyen Itali, Milan, kini bergelora. Beberapa hari memasuki Milan Fashion Week 2026, bandar ini hidup dengan ‘musim runway’, koleksi dramatik, dan barisan selebriti yang memukau di front row. Daripada pelakon Hollywood hinggalah bintang pop culture yang sedang naik. Suasananya terasa seperti renaissance: gabungan klasik Itali dengan pengaruh pop culture global.
Dsquared2
Salah satu momen paling hangat minggu ini ialah debut Hudson Williams di runway Dsquared2 Fall/Winter 2026. Williams Hudsin yang merupakan pelakon utama dari Heated Rivalry, membuka persembahan dengan layered outerwear bertema musim sejuk. Gabungan nylon hijau, patchwork denim biru, dan but hitam chunky, menonjolkan gaya atletik dan sentuhan Kanada. Debutnya ini kini menjadi bualan setiap media fesyen antarabangsa.
Ralph Lauren Front Row
Ralph Lauren kembali dengan persembahan yang terasa seperti East Coast prep bertemu kemegahan Itali. Layered tweed, sweater ski tangan rajut, dan tailoring ala Texas. Front row dipenuhi bintang: Henry Golding, Liam Hemsworth, Tom Hiddleston, dan Colman Domingo hadir, meresapi vibe preppy-musim sejuk.

Liam Hemsworth tampil cool dengan layered neutral dan overcoat wool tailor-made.

Tom Hiddleston memadankan elegan dengan tailoring mudah diakses, menunjukkan gaya klasik tetap menarik di front row Milan.

Henry Golding dan Jeffrey Ngai turut hadir ke Ralph Lauren Men’s Fall/Winter 2026.

Nick Jonas memadankan gaya klasik bersama suit berona neutral dan Colman Domingo menggayakan 3-piece suit beserta overcoat.

Turut hadir di barisan hadapan, Noah Schnapp bintang muda dari filem Stranger Things.
Trending Dari Runway & Street Style
1) Tailoring & Outerwear Jadi Fokus Utama
Di Paris Fashion Week, potongan klasik seperti statement coats, jaket berstruktur besar dan tailoring tajam mendominasi pentas peragaan. Memberi penekanan kepada siluet yang kuat dan berautoriti. Trench coat, suits dan workwear antara gaya mendapat perhatian sekitar Paris Fashin Week 2026.
2) Warna-warna Baru & Iridescent
Pentas Milan menyaksikan warna iridescent dan tona batu permata (seperti ungu dan biru lapis) muncul dalam koleksi Armani, memperbaharui estetika klasik jenama dengan dimensi visual yang lebih hidup.

3) Aksesori Ikonik (Eyewear)
Di Paris Men’s Fashion Week, cermin mata menjadi aksesori utama, menonjol tidak hanya sebagai keperluan tetapi juga sebagai elemen gaya yang memperkuat identiti visual seseorang. Variasi dari frame klasik ke reka bentuk futuristik mencerminkan kepelbagaian personaliti fesyen moden.

4) Siluet Modern & Eksperimen
Trend ‘Baggy’ di kedua-dua bandar ialah siluet yang diperbesarkan. Dari bahu lebar hingga struktur dramatik, refleksi kepada fesyen yang semakin menekankan naratif gaya dan estetika progresif.

Seorang tetamu mencuri perhatian di luar Études Studio sempena Paris Fashion Week Menswear Fall/Winter 2026–2027 dengan penampilan yang berani dan sarat ekspresi visual.’Beanie’ oren dan kaca mata berlensa kuning mencipta kontras warna yang segar. Dipadankan bersama jaket bomber satin hijau zaitun yang dilapisi kemeja bercetak potret grafik bersaiz besar. Siluetnya dipadankan dengan skirt hitam berpotongan asimetri yang digayakan di atas seluar wide-leg kelabu metalik. Menjadiakan permainan ‘layering’ yang moden dan tidak konvensional. Aksesori seperti beg nilon hitam bersaiz besar serta sandal hitam dengan tali kelabu melengkapkan keseluruhan gaya.
Artikel Berkaitan: PARIS MEN’S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
TONTON 5 FILEM INI BULAN FEBRUARI DAN MAC 2026!
Awal tahun 2026 sudah dimulakan dengan sajian filem-filem yang tidak boleh dilepaskan sepanjang Februari dan Mac.
5 PELAKON WANITA YANG PERNAH BERGANDING BERSAMA JAZMY JUMA
Barisan pelakon wanita hebat di Malaysia ini pernah dan bakal berganding bersama Jazmy Juma dalam drama-drama lakonannya.
INFLUENCE TO IMPACT: 5 JENAMA MILIK USAHAWAN MUDA DI MALAYSIA
Kenali lima personaliti media sosial lelaki Malaysia yang bermula dari public figure ke usahawan muda berjaya dengan jenama sendiri.
PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN
Cukup ramai personaliti media sosial wanita yang semakin lama semakin meningkat di Malaysia, dengan aura 'Girl-Next-Door' mereka.
‘GELORA ASMARA’, KOLABORASI RETRO JEMPUT DENGAR BERSAMA AININA HASNUL
Jemput Dengar melancarkan kolaborasi bersama Ainina Hasnul pada 6 Februari 2026 yang lalu, penuh groove dan retro.











