GLAM Lelaki: Isu yang anda kupas (selain MRT) yang paling anda ingati dan akan ingat sampai bila-bila?
SAFWAN SAWI: Krisis pencerobohan Lahad Datu, Sabah 2013. Sudah pasti saya akan ingat sampai bila-bila kerana membuat liputan di zon perang. Pelbagai situasi ditempuh antara yang agak lucu kami tidak dibenarkan untuk memasuki zon merah. Bagaimana kami mahu mendapatkan bahan berita sekiranya tidak dibenarkan masuk? Akhirnya saya memberanikan diri bersama seorang jurukamera dan seorang wartawan tempatan menyelinap masuk ketika itu hujan lebat dengan anggapan anggota keselamatan tak perasaan kami kalau hujan lebat, haha. Sudah berjaya memasuki ladang kelapa sawit tiba-tiba kedengaran ada satu das tembakan seolah menghala ke kenderaan kami. Kami ditahan dan dimarahi anggota tentera yang disangkakan kami ini adalah pengganas. Dipendekkan cerita akhirnya kami diberi kebenaran membuat liputan dengan kawalan mereka.
GLAM Lelaki: Sejujurnya, pernah tidak anda dihina atau dikutuk apabila anda membuat penyampaian gaya ini? Dan jika ya, bagaimana anda menghadapi situasi ini?
SAFWAN SAWI: Antara kritikan yang saya terima ialah penyampaian saya dikatakan agak gedik, poyo dan tidak sesuai untuk format berita dan beberapa lagi kritikan yang kurang sedap didengar. Hakikatnya kita tidak boleh memuaskan semua pihak. Segala teguran dan kritikan saya ambil positif untuk perbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Apapun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang dapat menerima penyampaian sebegitu rupa sehinggakan Eksekutif Editor saya, Pn. Ratnawati Jamil menggelarkannya “Richard Quest of Malaysia” saya anggap satu penghormatan tertinggi dan saya rasa masih belum capai ke tahap itu lagi memandangkan Richard Quest jauh lebih hebat dan berpengalaman.
https://www.facebook.com/ratnawati.jamil/videos/10213493665598704/
Teruskan membaca…