THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
Temu bual, BATRISYIA FAISAL, Teks, SHAKIF MD NOOR
Pelakon dan usahawan, Mierul Aiman menghidupkan kedua-dua dunia hiburan dan perniagaan dengan penuh tenaga dan keaslian. Kreativiti, disiplin, dan visi yang jelas menjadikan Mierul seorang figura serba boleh yang terus berkembang dalam setiap arena yang diceburi. Ini merupakan kali kedua Mierul menghiasi ‘cover digital’ GLAM Lelaki dan ada sahaja benda baharu yang sedang dikerjakannya.

Jaket, Levi’s® Blue Tab™
BILAKAH MIERUL RASA PALING BERADA DALAM ELEMEN SENDIRI? Masa bekerja atau masa bersendirian?
Hampir setiap masa, sebenarnya. Saya sedar saya ada beberapa kekangan dalam diri, dan antara yang paling ketara ialah saya sukar untuk menukar fokus dengan cepat. Saya percaya setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan bagi saya, kemampuan untuk shifting focus masih sesuatu yang saya sedang belajar dan perbaiki.
Dalam masa yang sama, saya perasan fikiran saya sering aktif. Berlari ke pelbagai arah dalam satu masa, walaupun perkara itu tidak berada di depan mata. Ia mencabar, tetapi pada masa yang sama mengajar saya untuk menjadi lebih teratur dan lebih menghargai sokongan pasukan yang faham rentak kerja saya.
Akhirnya, saya sedar bahawa perancangan dan kesedaran diri adalah kunci untuk terus bergerak, tidak kira ke arah mana saya memilih untuk pergi.
BAGAIMANAKAH PERSONALITI sebenar Mierul?
Saya rasa inilah diri saya sepenuhnya. Sebagai pelakon, saya percaya lakonan bukan tentang berpura-pura, tetapi tentang menjadi atau tidak menjadi. Setiap karakter yang kita bawa lahir daripada emosi yang memang wujud dalam diri manusia. Gembira, sedih, marah, kecewa, takut. Semua watak yang muncul di layar ada “base feeling” mereka sendiri.
Bagi saya, tugas seorang pelakon adalah mencari soket sebenar antara diri kita dengan karakter itu. Bila sambungan itu jumpa, di situlah kejujuran dan penghayatan bermula.
Dan akhirnya, saya tetap Amirul Aiman yang sama. Cuma setiap watak, setiap cerita, menjadikan saya versi yang sedikit lebih baik dan sedikit lebih matang dalam memahami passion saya.
Kalau diberi peluang untuk bekerjasama dengan sesiapa pun (hidup atau telah tiada), siapa pilihan Mierul?
Jika diberi peluang, saya ingin sekali bertemu dan “bekerjasama” dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah idola terbesar saya. Sebagai seorang pemimpin, usahawan dan pejuang yang luar biasa. Baginda bukan sahaja menggerakkan umat, tetapi mengubah dunia dengan kasih sayang, keberanian dan kebijaksanaan.
Menjadi seperti Baginda semestinya mustahil, tetapi berusaha untuk menghampiri akhlak, kepimpinan dan nilai yang Baginda tunjukkan. Itu bagi saya satu perjuangan peribadi yang sangat besar dan sangat bermakna.
Apakah benda yang sedang anda obses ketika ini, misalnya lagu, trend, atau punya hobi baru?
Sekarang, saya benar-benar obses dengan dunia fesyen. Mungkin sebab saya baru sahaja memulakan jenama saya sendiri. Beberapa minggu lalu, kami melancarkan kedai fizikal pertama di CelebFest Singapore bersama rakan-rakan sekolah.
Saya lebih selesa bekerja dengan orang yang saya kenal. Mereka yang memahami saya dan berkongsi visi serta misi yang sama. Kami menamakan jenama kami From Eleven to Heaven. Kami bukan sekadar menjual pakaian; setiap rekaan adalah medium untuk bercerita melalui seni dan gaya. Dalam setiap helaian, kami mahu berkongsi cerita, cita rasa, dan gaya yang benar-benar mencerminkan diri si pemakai.
Apa satu nasihat yang selalu anda pegang bila rasa hilang arah?
Saya selalu ingatkan diri sendiri untuk terus menawarkan diri, ‘to keep offering’. Dalam hidup, penolakan adalah perkara biasa, dan walaupun ia menyakitkan, ia tetap membawa makna dan pelajaran. Saya tidak suka rasa ditolak, tetapi saya belajar bahawa setiap rejection sebenarnya membuka ruang untuk pertumbuhan.
Kadang-kadang, kita melalui fasa sukar yang orang lain tidak nampak, bertarung dengan suara hati yang hanya kita sendiri faham. Namun saya percaya, selagi kita terus memberi dan terus mencuba, kita akan bertemu dengan orang yang benar-benar memahami siapa diri kita. Dan bersama mereka, kita mungkin dapat membina sesuatu yang lebih besar.
Artikel berkaitan: TEMUBUAL EKSKLUSIF GLAM LELAKI BERSAMA RANGGA, EL PUTRA SARIRA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











