Skip to content

“PENYAMPAIAN PSIKO ATAU REVERSE PSYCHO MAINKAN PERANAN..” KENALI SAFWAN SAWI, WARTAWAN TV3 VIRAL DEK GAYA LAPORAN BERSAHAJA

Kongsikan artikel ini

Isu MRT pernah hangat diperkatakan. Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang baru dilancarkan ternyata mendapat respon positif daripada masyarakat tempatan khususnya. Bercakap mengenai MRT, pasti kita tidak boleh melupakan sedutan laporan seorang wartawan yang menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian bersahaja ketika tampil dengan sebuah laporan khas berkaitan MRT di Buletin Utama baru-baru ini, seterusnya laporan TNB dan lain-lain. Mungkin inginkan sesuatu kelainan atau juga ingin menonjolkan identitinya tersendiri, GLAM Lelaki menghubungi wartawan TV3 Safwan Sawi dan memintanya berkongsi pengalaman serta identiti penyampaiannya bersama kami.

6 of 6

GLAM Lelaki: Menyentuh soal MRT, pasti ramai yang akan teringat akan laporan unik anda. Namun, kita dikejutkan dengan khabar tidak sampai 150 jam MRT dilancarkan, ‘vandalisme’ menyerang. Komen serta pandangan anda.

SAFWAN SAWI: Tolonglah jangan amalkan mentaliti kelas kesepuluh tapi demand prasarana tahap syurga. Mohon Prasarana RapidKL pengendali MRT lebih tegas dalam hal ini. This is world high class infrastructure ya, persis level London, New York dan Hong Kong. Penat buat laporan, runway, campak-campak barang bagai, tapi ada pula yang buat vandalisme.

Bagi yang belum naik MRT lagi jangan malu dan segan, sila-silalah mencuba prasarana mega infrarakyat bertaraf dunia ini! Bertaraf DUNIA, beb! ‘Fefeeling’ overseas – tak yah pergi overseas dah. Yang berada jauh di luar Lembah Klang sila datang KL sekarang cuba MRT! Haha. Murah wei diskaun 50% sampai 31 Ogos 2017.

Jadi di sini wartawan perlu bijak ambil peluang sebab masa inilah sesuai untuk berkarya. Kita perlu ubah gaya penyampaian yang lebih segar tapi masih berpegang pada ‘news sense’. Kita buat ayat penyampaian “kepada rakyat Malaysia janganlah lakukan vandalisme, sama-samalah kita menjaga harta benda awam” agak-agak terkesan tak? Jadi gaya penyampaian dan skrip yang psiko atau reverse psycho kepada penonton juga memainkan peranan penting. Ini sekadar pendapat, saya pun sebenarnya masih belajar lagi hal-hal ini.

GLAM Lelaki:  What else can we expect from you in the future?

SAFWAN SAWI:  Jangan ‘expect’ apa-apa dari saya tapi yang lebih penting masa depan mentaliti masyarakat. Masyarakat tidak boleh meletakkan harapan bulat-bulat daripada sumber berita maya. Kalau boleh penghargaan dan martabat penyiaran berita TV ini juga sebenarnya harus diangkat sama darjatnya dengan nilai berita akhbar cuma pendekatannya berbeza. TV dengan seni visualnya, akhbar dengan seni tintanya. Seni berita yang berbeza itu harus dinilai dari sudut yang luas dan diukur sejauh mana sesebuah berita itu mampu memberi impak kepada masyarakat tidak kira sama ada ia berita yang berat atau ringan.

GLAM Lelaki: Akhir kata daripada anda buat semua yang menyokong dan memberikan kata-kata positif kepada anda.

SAFWAN SAWI: Meletakkan darjat saya di aras paling bawah di kedua telapaknya yang juga teman wanita teragung saya, Rosie Ismail. Buat teman lelaki saya, Hj Sawi Matnor. Maafkan anakanda mu ini kerana gagal menjadi anak yang soleh, gagal melunaskan segala hutang kasih sayang yang tidak terhitung dan jarang menjenguk balik ke rumah. Namun di sebalik semua kegagalan itu, kedua insan ini telah berjaya mendidik anaknya hingga ke tahap ini. Buat adik-beradik, keluarga tercinta di Labuan dan Keningau terima kasih kerana sentiasa mengingatkan dari mana asal usul saya.

Kepada yang menyokong, mendoakan karier saya selama ini dan menerima gaya penyampaian saya yang poyo ini, ucapan penghargaan tertinggi buat kalian semua. Teruskan menyokong rakan-rakan wartawan dan penyiaran berita TV yang lain juga supaya bukan sahaja MRT World Class! Berita TV kita pun kena World Class juga!

 

Kredit foto: FB dan IG @safwansawi / Koleksi peribadi Safwan Sawi

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Julai 2017

 

6 of 6

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut