PERTUNJUKAN 3D INTERAKTIF SEPHORA MALAYSIA YANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR
Sephora Malaysia melancarkan kempen ‘Unwarp Their Beautiful” dengan pertunjukan 3D interatktif pertama di Kuala Lumpur.
Musim percutian hujung tahun sudah tiba. Dalam meraikan kehadiran musim perayaan tahun ini, Sephora Malaysia melancarkan kempen berjudul ‘Unwrap Their Beautiful’ dengan sebuah pertunjukan 3D interaktif pertama di Kuala Lumpur. Pertunjukan ini akan dipaparkan di skrin Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Fahrenheit88 bermula 1 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024.
Kempen ‘Unwrap Their Beautiful’ ini mengajak pengunjung dalam menyelami masa depan dalam teknologi dan dunia kecantikan. Pengembaraan ini akan membawa pengunjung melalui jelajah ke dalam kuasa kecantikan dan berkongsi semangat keceriaan musim percutian. Tidak mengira usia, jantina dan juga latar belakang, musim perayaan ini adalah saat untuk berkongsi hadiah dan keriangan.
Pengalaman Interaktif Sephora Malaysia
Untuk menghasilkan pengalaman percutian yang unik ini, pertunjukan 3D interaktif akan menukarkan penonton kepada peserta apabila mereka mendedikasikan ucapan perayaan kepada yang tersayang di skrin tersebut. Ini boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR untuk membuat secara langsung atau juga boleh menetapkan masa untuk ucapan anda terlebih dahulu. Fungsi ini akan mengtranformasikan pengalaman ceria perayaan dengan berkongsi momen bersama dan penghargaan.
Dengan sentuhan teknologi hari ini, peminat Sephora di stor Fahrenheit88 dapat menjumpai kejutan yang tersembunyi dalam pertunjukan percutian tersebut nanti.
Menurut Pengurus Besar Sephora Malaysia, Valerie Foong, “Terdapat kod QR di mana pengunjung boleh mengimbas yang akan membawa mereka kepada permainan yang interaktif. Apabila mereka mengikuti reben virtual itu, pengguna bukan sahaja berpelung untuk memenangi pelbagai hadiah virtual. Malahan, hadiah virtual tersebut boleh bertukar menjadi relaiti apabila mereka berjumpa dengan mana-mana Beauty Advisor di stor nanti.”
Pertunjukan 3D interaktif oleh Sephora Malaysia ini akan dipaparkan melalui skrin gergasi di Pavilion Elite Kuala Lumpur dan juga skrin Curve LED di Fahrenheit88. Ia sudah bermula pada 1 Disember 2023 dan akan tamat pada 1 Janauri 2024. Setiap pertunjukan akan ditayangkan pada 8:30pm setiap hari. Layari laman rasmi Sephora Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Foto: Sephora Malaysia
Baca lebih lanjut: ELAK BADAN BERBAU SELEPAS GIM, 6 PRODUK PENJAGAAN INI PERLU BAWA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL
Musim perayaan ini, Coach melancarkan instalasi imersif Ramadan dengan menampilkan beg tangan Quilted Tabby gergasi untuk pengalaman beli-belah bespoke yang mengujakan.
SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA
Label fesyen Itali, Sisley melancarkan stor flagship pertama di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR
Bintang Korea Selatan, Ji Chang-wook yang juga merupakan duta Rado terbang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan butik terbaharu di Pavilion KL.
7 HADIAH GROOMING PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA
Hari Bapa semakin dekat! Hargailah lelaki penting dalam hidup anda dengan pilihan 7 hadiah Grooming pilihan masa kini.
MENGAPA RETINOL PERLU ADA DALAM RUTIN PENJAGAAN KULIT LELAKI?
Lelaki alpha hari ini harus ‘renew & protect’ dalam rutin penjagaan kulit wajah dengan bantuan bahan anti-penuaan yang berkuasa iaitu retinol.