‘PORT LEPAK’ GENG KLFW: LEPAK DAN NGOPI!
KL Fashion Week 2025 bukan saja tentang pentas peragaan dan koleksi pereka. Bagi warga fesyen. Daripada barisan editor, stylist, model sehinggalah tetamu undangan, minggu ini juga tentang rutin harian yang penuh gaya. Antara show dan show, satu hal yang wajib dalam jadual mereka? Brunch yang padu. Sama ada untuk recharge tenaga sebelum fitting, berbincang look seterusnya sambil ngopi, atau sekadar posing OOTD. Ini antara port lepak paling popular untuk geng KLFW tahun ini.
Feeka Coffee Roasters Bukit Bintang Hidden Gem
Terletak di lorong tenang Jalan Mesui, Feeka kekal sebagai port lepak paling santai di tengah KL. Dengan vibes tropikal, minimalism, dan crowd yang terdiri daripada barista junkies kepada kreatif freelance. Tempat ini sempurna untuk escape dari hiruk-pikuk kota. Signature latte mereka tetap padu, dan cinnamon roll homemade selalunya habis awal.
🕒 Waktu terbaik: 9AM-11AM sebelum crowd masuk
📸 Wajib snap: Outdoor table dengan payung putih dan filter morning light
VCR Pilihan Hipster Tersohor
Kalau Feeka tenang, VCR pula loud in the best way. Berdepan Menara PNB dan berdekatan Loke Mansion, VCR jadi tumpuan mereka yang cintakan kopi serius dan ambience urban–industrial yang edgy. Kerap menjadi lokasi shoot streetwear dan indie fashion editorials. Waffle Chicken & Turkish Eggs mereka antara yang terbaik di KL.
☕ Try: Filter brew + Banana French Toast
👟 Crowd: Padu – fashion students, digital nomads & creative hustlers
View this post on Instagram
A post shared by VCR Kuala Lumpur, Bangsar, Mont Kiara, Sunway Pyramid (@vcrlovesyou)
Galeri Terbuka RUMA PUTEH
Sedikit jauh dari pusat kota, Ruma Puteh di Taman Tasek Titiwangsa ini seperti melangkah masuk ke open-air gallery. Putih bersih, minimal dan sarat denagn art installation, tempat ini buatkan kopi terasa lebih ‘meaningful’. Brunch mereka ada fusion tempatan dan western dan perfect untuk creative reset.
📍 Lokasi: Jalan Kuantan, Titiwangsa
🎨 Mood: Artistik, tenang, penuh inspirasi
📸 Tip OOTD: Arch putih ikonik Ruma Puteh
Artikel berkaitan: BAWA GIRLFRIEND ANDA KE 7 LOKASI MATCHA DI LEMBAH KLANG INI!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA FESYEN SELEBRITI LELAKI THAILAND TERMASUK PP KRIT, APO NATTTAWIN
Gaya fesyen selebriti lelaki Thailand menjadikan mereka figura berimpak besar. Nama-nama ini turut memikat hati jenama fesyen antarabangsa.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.
LIBIDO LELAKI MERUDUM? INI PETANDA STRES KUASAI TUBUH ANDA
Pernah tak tiba-tiba rasa seakan nafsu itu hilang entah ke mana? Nak kata tidak tertarik, bukan. Tetapi keinginan itu lesap. Itulah hakikatnya apabila lelaki alami libido rendah dan kebiasaannya, puncanya bukan fizikal, tetapi stres yang terpendam. Ramai tidak sedar apabila tekanan mula ‘makan dalam’. Hari-hari kerja, fikir tanggungjawab, ingin menjadi pelindung dan penyokong semua orang….
PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025
KLFW 2025 bakal dimeriahkan dengan rekaan dari pereka-pereka generasi baharu yang bakal mengejutkan peminat fesyen dengan koleksi mereka.
THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA
The Ordinary yang cukup terkenal dengan produk penjagaan kulit ini bertapak di Malaysia sebagai hentian Asia Tenggara pertama mereka.
KHALIL WAHID, “JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMEN NEGATIF!”
GLAM Lelaki bersembang dengan Khalil Walid. Dia mula menarik perhatian dengan kandungan memasak dengan gaya dan suntingan video tersendiri.