Skip to content

INI RAHSIA KULIT ‘FLAWLESS’ ANGGOTA KUMPULAN K-POP BTS

Kongsikan artikel ini

Kemunculan pertama kali kumpulan K-pop popular, Bangtan Boys atau BTS di karpet merah Anugerah Muzik Amerika 2017 (AMA2017) baru-baru ini menghangatkan lagi suasana keraian tersebut. Kehadiran mereka nyata memberi impak dek bukan saja populariti, namun aura serta penampilan tujuh anak muda ini. Rata-rata ramai yang memuji penampilan kumpulan BTS namun paling heboh diperkatakan adalah bagaimana berserinya kulit seorang daripadanya.

Lihat saja kulit mereka yang kelihatan cukup bersih dan ‘flawless’ ibarat tanpa sebarang cela. Walau sibuk dengan show serta latihan, sebenarnya mereka sendiri mengakui amat menitikberatkan penampilan dan seri wajah namun tidak pernah melakukan sebarang rawatan kulit wajah di pusat-pusat rawatan tertentu. Biar betul?

“Kondisi dan kesihatan kulit melengkapi penampilan saya. Saya menghargai penampilan dan kulit wajah adalah bahagian paling vital”, kata Jin, salah seorang anggota BTS dalam tembualnya bersama Allure.

Jin BTS

Bukan saja di rumah, dalam perjalanan malah walau di dalam kapal terbang, kesemua anggota tidak pernah lupa membawa bersama rangkaian produk perapian diri terutama sekali untuk kegunaan kulit muka.

“Di dalam kapal terbang, setiap kali saya pasti akan membasah kapas dengan toner dan memakai losyen,” kata V, yang juga turut membuat vlog tentang rutin perapian dirinya di laman sosialnya.

V BTS

Sementara itu, Rap Monster mengakui sering kali menggunakan menggunakan masker. Barangkali ini adalah rahsia kulitnya yang dilihat berkilau. Jelasnya lagi, “Favourite masker kesukaan saya adalah dari jenama Mediheal kerana menawarkan kepelbagaian jenis masker,” katanya.

Untuk J-Hope, “Di pagi hari, saya akan memastikan saya memakai toner dan krim wajah, diikuti toner, essence, krim jerawat, losyen dan krim di malam hari”.

J Hope BTS

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 November 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

Bacaan Lanjut
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI

TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI

Bacaan Lanjut
RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH

RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH

Bacaan Lanjut
5 SUPERFOOD PERLU AMBIL UNTUK MILIKI PROSTAT YANG SIHAT

5 SUPERFOOD PERLU AMBIL UNTUK MILIKI PROSTAT YANG SIHAT

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut