RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
16 Jun 2024 bakal menyaksikan sambutan Hari Bapa untuk tahun ini. Dalam memberikan penghargaan kepada hero dalam hidup anda, M Resort & Hotel Kuala Lumpur akan menyediakan pengalaman gastronomi eksklusif bersempena Hari Bapa yang bakal tiba. Hari Bapa ini, pastikan anda meraikan lelaki yang menjadi sumber kekuatan dan kasih-sayang yang tiada tandingan.
Di Fairway Coffee House, M Resort & Hotel Kuala Lumpur akan menganjurkan bufet hi-tea istimewa yang bukan sahaja akan menghangatkan deria anda, tetapi juga memenuhi jiwa dengan penuh kasih-sayang. Ini kerana, Hari Bapa adalah momen untuk meraikan pengorbanan seorang bapa dan suami dengan cita rasa yang mengagumkan.
Menu Hari Bapa Istimewa Yang Menyelerakan
Dari hidangan panggang kepada seleksi sajian klasik dan pemanis mulut yang menyelerakan, setiap suapan pasti memberikan senyuman kepada bapa anda nanti. Bufet kali ini menjanjikan esen kulinari yang terbaik. Antara yang wajib cuba nanti termasuklah Beef Bourguignon, Chicken Roulade, Ketam Gulai Pedas Kuning, dan Fried Mee Mamak “Mamu” Style. Juga Tiger Prawn with Cereal, Chicken Masala, Lamb Tandoori, serta Satay dan Fish Head Curry.
Jangan lupa untuk mencuba seleksi lain seperti Seafood On Ice yang menampilkan Blue Swimmer Crab, Tiger Prawn, Yabbies, Half Shell Green Mussel, dan Half Shell Scallop. Buat peminat makana Jepun pula, terdapat kaunter khas yang menyajikan seleksi sashimi yang segar. Sempurnakan kunjungan sempena Hari Bapa ini dengan seleksi pencuci mulut seperti Raspberry Kaffir Lime Mousse, dan Biscoff Swiss Loaf. Juga Lemon Meringue Tart, Exotic Mango Pudding, Peach, Almond Jalousie, dan banyak lagi.
Promosi bufet Hari Bapa di M Resort & Hotel Kuala Lumpur akan diadakan pada 16 Jun 2024 pada 12.00 PM hingga 4.00 PM. Harga untuk dewasa adalah RM185.00 seorang. Manakala kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun pula berharga RM93.00 seorang.
Pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu untuk memastikan meja terbaik buat keluarga anda nanti. Tempahan boleh dibuat melalui telefon di +603 7773 7690 atau emel fnb@mresort-hotel.com.my
Father’s Day Buffet Hi Tea
16 Jun 2024 (12.00 PM – 4.00 PM)
RM185.00 nett untuk dewasa & RM93.00 nett untuk kanak-kanak 5 – 11 tahun
RM130.00 pula untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas
Baca lebih lanjut: 4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT
Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.
4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA
Meraikan kasih sayang seorang bapa, GLAM Lelaki menyenaraikan empat idea hadiah istimewa yang bakal memeriahkan lagi sambutan hari bapa.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.