RANGGA & CINTA: KLASIK IKONIK DENGAN WAJAH BAHARU
Filem romantik legenda “Ada Apa Dengan Cinta?” kembali mengisi layar perak dengan nafas baharu melalui “Rangga & Cinta”. Sebuah remake moden yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025. Kali ini, kisah cinta remaja paling ikonik Asia Tenggara diolah semula dalam bentuk muzikal romantik yang sarat emosi, nostalgia dan visual moden yang memukau.
WAJAH BARU BERBAKAT BESAR
Menampilkan wajah baharu yang segar dan bertenaga. Filem ini membariskan El Putra Sarira sebagai Rangga, pelajar pendiam dan peminat puisi yang misterius, serta Leya Princy sebagai Cinta, gadis popular sekolah menengah yang penuh keyakinan dan karisma. Chemistry antara dua bintang muda ini menjadi tumpuan utama, membawa semula kehangatan kisah cinta yang pernah menggetarkan hati generasi terdahulu, namun dengan penghayatan dan sensibiliti yang lebih moden.

DISEBALIK TABIR — NOSTALGIA BERTEMU PEMBAHARUAN
Diarahkan oleh pengarah Riri Riza dan diterbitkan oleh Mira Lesmana serta Nicholas Saputra (pelakon asal watak Rangga dalam versi 2002), Rangga & Cinta merupakan penghormatan kepada karya asal sambil memperkenalkan lapisan baharu bagi generasi kini.
Produksi ini dirakam sepenuhnya di Jakarta dan Yogyakarta, dengan rekaan produksi yang menangkap estetika awal milenium seperti grafiti, kaset, dan suasana sekolah menengah klasik. Namun digabungkan dengan gaya sinematografi moden dan teknik muzik kontemporari. Hasilnya, filem ini tampil seperti jalinan antara memori dan masa depan.
CINTA, PUISI DAN MUZIK SEBAGAI JIWA CERITA
Seperti versi asalnya, puisi kekal menjadi elemen penting dalam naratif Rangga & Cinta. Namun kali ini, kisahnya disampaikan dengan iringan lagu dan muzik orkestra yang menggambarkan perjalanan emosi kedua-dua watak utama.
Setiap babak terasa seperti surat cinta kepada remaja tentang keberanian mencintai, mengaku salah, dan belajar melepaskan. Penonton bukan hanya dihiburkan dengan lakonan, tetapi juga dibawa menyelami perasaan melalui bait lagu dan lirik yang puitis.
Bagi penonton di Malaysia, filem ini bukan sekadar nostalgia, tetapi juga refleksi terhadap perjalanan cinta dan persahabatan yang universal. Rangga & Cinta menjanjikan pengalaman sinematik yang penuh warna. Dari lakonan mantap pelakon muda, sinematografi yang memukau hingga irama lagu yang menggetarkan jiwa.
Artikel Berkaitan:
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.











