RASAI PENGALAMAN KEMBARA MESRA MUSLIM DI WESTERN AUSTRALIA
“Salah satu perkara yang kami nanti-nantikan dalam perjalanan kami ke Australia Barat adalah makanannya. Kami seronok dapat mencuba pelbagai makanan halal di Australia Barat, tambahan lagi kerana kami tahu bahawa semua daging disediakan adalah secara halal. Terdapat pelbagai pilihan hasil tanaman segar di sini, dan kami lega kerana semuanya halal. Masjid senang dijumpai, namun kami juga boleh bersolat di mana-mana sahaja termasuklah di taman dan ruangan awam. Kami juga hargai sesetengah restoran menyedia ruangan yang bersih untuk kami bersolat,” ujar editor travelog RARE TV, Saiful semasa perjalanan beliau ke Australia Barat baru-baru ini.
“Kami syorkan para pengembara untuk mengambil sebanyak mana masa yang mereka perlukan untuk meneroka lanskap Australia Barat yang luas dan indah. Keputusan kami menyewa kereta untuk sebuah pengembaraan jalanan ternyata merupakan keputusan terbaik, kerana ia membolehkan kami meneroka pelbagai kawasan berbeza serta tarikan-tarikan unik destinasi tersebut. Salah satu saat yang paling kami ingati adalah ketika merasai hospitaliti komuniti Melayu di Katanning, yang melayan kami seperti keluarga. Pengalaman inilah yang mendorong kami untuk mengatakan bahawa percutian ke Australia Barat perlulah ada dalam senarai impian setiap orang.”
Baca lebih lanjut: GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MELANCONG KE AUSTRALIA? INI LANGKAH-LANGKAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA KE DOWN UNDER
Pengunjung Malaysia yang lengkap vaksinasi kini boleh melancong ke destinasi utama di Australia tanpa perlu menjalani kuarantin wajib bermula 21 Februari 2022.