RAY-BAN X JEFF SATUR: IKON UNTUK LELAKI MODEN KINI
Ray-Ban kembali mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kaca mata paling ikonik di dunia dengan kempen terbaharu, “Worn by Visionaries, Loved by Generations”. Menampilkan artis sensasi Asia, Jeff Satur, untuk tahun kedua berturut-turut. Melalui kolaborasi ini, Ray-Ban X Jeff Satur bukan hanya meraikan gaya tetapi ia meraikan individu, keberanian berekspresi dan evolusi identiti lelaki moden.
Kempen ini mencipta naratif visual yang menggabungkan reka bentuk kekal (timeless) dengan sentuhan kontemporari, menampilkan garisan bersih, gaya berkarakter, serta elemen tailoring berinspirasi Asia yang memberi definisi baharu kepada sofistikasi moden.
KOLEKSI KACA MATA TERBAHARU RAY-BAN X JEFF SATUR
Sebagai figura yang berkembang dalam dunia fesyen, muzik dan lakonan, Jeff Satur membawa aura yang tepat: elegan, penuh emosi dan tidak takut mencuba sesuatu yang baharu. Ray-Ban melambangkan individualiti, keyakinan dan nilai yang sangat dekat dengan diri pemakai nya. Kempen ini menggabungkan elemen elegan klasik dengan sentuhan moden, dan mengekspresikan diri tanpa kompromi.
Ray-Ban memperkenalkan empat gaya utama yang menampilkan inovasi teknologi, perincian metalik dan keselesaan yang direka khusus untuk struktur wajah Asia.
1. CONTEMPORARY STYLE METAL (RB3774D)
Model metalik moden dengan bentuk “edgy” serta kemasan berkilat yang memberi keseimbangan antara aura vintage dan sofistikasi kontemporari. Rekaan metal premium, pilihan warna lens pelbagai dan padanan selesa untuk low-bridge fit. Gaya ini ideal untuk lelaki yang mahukan sentuhan maskulin dengan karakter minimal yang tajam.

2. SEAMLESS (RB4466D)
Model “shield lens” satu keping yang futuristik dan berani. Antara pilihan statement untuk mereka yang mahukan sisi avant-garde tanpa berlebihan. Ini adalah kaca mata untuk lelaki yang gemar melangkaui trend dan mencipta gaya sendiri. Rekaan monolens, Siluet moden dan sporty serta rekaannya yang lebih sleek & bold.

3. RIMLESS TITANIUM (RX8783D)
Ray-Ban memberi nafas baharu kepada trend rimless dengan rekaan titanium ringan, premium dan versatile. Dengan pemggunaan titanium ultra ringan, rekaan minimalis dan elegan sesuai untuk gaya formal & kasual. Sangat sesuai bagi lelaki sofistikated yang mengutamakan fungsi dan keanggunan ringkas.

4. COPPER-TITANIUM COLLECTION (RX7550)
Diperbuat daripada aloi Copper Titanium NKT322, direka untuk mereka yang mahukan ketahanan, gaya dan sains dalam satu bingkai. Hypoallergenic. Rekaannya yang ringan tetapi kuat serta teknikal sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Model ini mencerminkan komitmen Ray-Ban terhadap inovasi dan kelestarian melalui penggunaan bahan yang lebih mampan.

Dengan kempen ini, Ray-Ban membuktikan satu perkara penting iaitu gaya tidak pernah ketinggalan zaman. Malah ia berevolusi bersama mereka yang memakainya. Jeff Satur menjadi wajah generasi baharu yang tidak takut tampil unik, versatile dan penuh personaliti. Dan Ray-Ban kekal menjadi bahasa universal untuk ekspresi diri.
Artikel Berkaitan: THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025
Coachella, festival muzik terbesar menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dari Asia untuk membuat persembahan yang cukup hangat.
TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS
Siapa sangka, di sebalik panorama mewah dan drama panas The White Lotus, muncul satu nama yang kini hangat diperkatakan Tayme Thapthimthong!
JEFF SATUR: BINTANG THAILAND YANG MENAWAN RAMAI HATI
Perjalanan seni Jeff Satur yang mengagumkan, dari model kepada penyanyi dan pelakon terkenal, menunjukkan dedikasi dan bakatnya yang luar biasa.
ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR
Jeff Satur baharu sahaja diumumkan Ray-Ban sebagai wajah kempen baharu. Menampilkan gaya terkini menginspirasikan ekspresi diri yang asli, berani dan yakin.
RAY-BAN KINI MEMBUKA STOR TERBESARNYA DI THE EXCHANGE TRX
Ray-Ban telah membuka butik terbesarnya setakat ini di destinasi beli-belah premium The Exchange TRX, menampilkan pelbagai koleksi Ray-Ban termasuk Ray-Ban ICONS, Kids, Scuderia Ferrari dan banyak lagi.











