Skip to content

PINDAH WANG DENGAN FACEBOOK GUNAKAN TRANSFERWISE

Kongsikan artikel ini

Sebuah syarikat pemindahan wang, TransferWise baru-baru ini telah melancarkan satu perkhidmatan baru membolehkan pengguna menghantar wang antarabangsa melalui aplikasi chat Facebook Inc. Wow! Apa benar dakwaan ini? Ya, syarikat yang beroperasi di London itu telah pun membina satu aplikasi Facebook Messenger yang dipanggil ‘chatbot’, iaitu sebuah program automatik membantu pengguna berkomunikasi dalam lingkungan perniagaan masing-masing dan menjalankan tugasan biasa seperti pembelian dalam talian dan lain-lain.

1

Chatbot TransferWise ini membolehkan para pelanggan untuk menghantar wang kepada rakan-rakan dan keluarga ke (dan dari) Amerika Syarikat, Eropah, Kanada, Britain serta Australia melalui Facebook Messenger tersebut.Buat pengetahuan anda, Facebook telah pun membolehkan pengguna menghantar wang secara domestik dalam Amerika Syarikat melalui aplikasi Messenger itu, namun, perkhidmatan ini masih belum boleh diaplikasikan di peringkat antarabangsa.

TransferWise turut berkata bahawa perkhidmatan ini akan menjadi yang pertama untuk membolehkan pemindahan wang antarabangsa sepenuhnya melalui Messenger. Facebook telah membuka aplikasi Messenger kepada pemaju untuk mewujudkan chatbot pada bulan April dalam usaha untuk memperluaskan pencapaiannya dalam perkhidmatan pelanggan dan urus niaga syarikat.

m9

Menurut Scott Miller, ketua perkongsian antarabangsa untuk TransferWise, walaupun chatbot TransferWise itu kini hanya boleh didapati di Facebook Messenger ia masih boleh disesuaikan untuk bekerja dengan perkhidmatan perbualan popular lain. Perkhidmatan itu juga akan diperluaskan di negara-negara lain.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA

Bacaan Lanjut
andrew putra gimme

TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA

Bacaan Lanjut
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA

JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA

Bacaan Lanjut

GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN

Bacaan Lanjut
KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN

KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN

Bacaan Lanjut

LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU

Bacaan Lanjut