KENALI JAM TANGAN DIPAKAI 5 LELAKI BERPENGARUH DI DUNIA
Jam tangan mengambarkan personaliti dan identiti, namun ia turut membawa erti misi dan visi buat lima lelaki berpengaruh abad ini. Kelima-lima dari mereka memiliki seutas (atau mungkin lebih) jam tangan yang berkuasa dan berspesifikasi tinggi, sesuai dengan kuasa dan pengaruh mereka bagi mengubah dunia. Oleh itu GL senaraikan 5 jam tangan yang dipakai oleh 5 lelaki berpengaruh di dunia.
1. BARRACK OBAMA
Bekas presiden Amerika Syarikat ini sering kali memakai jam kegemarannya ini iaitu Jorg Gray 6500 Secret Service Limited Edition. Khabarnya, Obama tidak membeli pun jam ini namun ia diberikan oleh pasukan perkhidmatan rahsianya pada tahun 2007 bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke 46. Selain limited edition, jam tangan ini didatangi dengan strap hitam kulit kerbau dengan jahitan kontra putih sebagain identiti jam tangan milik seorang presiden. Jam tangan ini juga mempunyai pembinaan keluli berkualiti tinggi, tahan kesan karat dan calar, permukaan kristal dan ketepatan dihasilkan oleh Citizen Watch Company.
2. DONALD TRUMP
Dah namapun usahawan bukan, Donald Trump turut memiliki rangkaian perniagaan koleksinya tersendiri, termasuk seleksi jam tangan dengan janamanya sendiri, Trump. Pada tahun 2005, Donald Trump melancarkan edisi jam tangan Donald J Trump Signature Collection di mana koleksi jam tersebut menyerupai rekaan TAG Heuer’s Monaco dan Rolex Daytona.
3. JUSTIN TRUDEAU
Perdana menteri kacak dari Kanada ini memilih untuk memiliki jam tangan IWC Regulateur, di mana ia merupakan edisi istimewa dari Frank Underwood, House of Cards. Menawarkan mekanikal pergerakan secara manual dengan plat tiga suku yang diperbuat daripada perak nikel, mengabungkan tradisi dan moden indeks, beserta pelarasan ketepatan memanjang (jenis Jones), jam ini ternyata cukup sesuai dipakai oleh beliau.
4. SHINZO ABE
Perdana Menteri Jepun ini memilih untuk menyarungkan jam tangan dari SARC0913 oleh Seiko, jam tangan automatik dengan 39mm, dengan besi keluli tahan karat bersama dail analog hitam dilindungi oleh kristal hardlex.
5. KIM JONG UN
Kim Jong Un sebenarnya adalah pencinta jam tangan, malah sering kali bertukar selera untuk berbeza acara. Namun, yang paling ketara sering dipakai oleh beliau, menerusi tinjauan oleh Choi Kwang-ryul, juru baiki jam tangan vateran di Korea mendapati jam tangan pilihan pemimpin tertinggi Republik Demokratik Korea itu adalah jam tangan Omega De Ville, berharga dalam anggaran 50 juta!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.





















