Badminton: Beregu Lelaki Malaysia Raih Pingat Perak di Olimpik Rio

Impian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama di sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil tidak kesampaian apabila pasangan dari China, Fu Haifeng dan Zhang Nan mengalahkan beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong namun tetap memberikan saingan sengit sehingga ke set terakhir.

Seluruh Malaysia dan warga yang berada di gelanggang Riocentro bersatu memberi sorakan buat beregu yang membawa harapan besar untuk menambah pungutan pingat. Perjalanan pasangan yang berada di ranking ke-12 ini memberikan saingan sengit buat beregu bintang dari China untuk membawa pulang pingat perak yang cukup istimewa dalam pembabitan mereka bergelar atlet negara.

Ternyata usaha gigih mereka berjuang meraih mata demi mata selain berdepan tekanan yang sungguh hebat menjadi kebanggaan negara. Tahniah buat pasangan beregu lelaki yang turut mengharumkan nama Malaysia apabila naik podium menerima pingat masing-masing dan mengibarkan bendera Malaysia di pentas Olimpik.

Satu lagi pingat dalam genggaman dan Datuk Lee Chong Wei yang akan bertarung melawan Cheng Long pada final perseorangan lelaki akan menentukan sama ada Malaysia bakal meraih emas pertama mahupun perak yang turut menjadi kejayaan besar kontinjen pada Olimpik kali ini. Setakat ini, Malaysia sudah berjaya meraih dua pingat perak dan satu pingat gangsa. Malaysia Boleh!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











