Badminton: Lee Chong Wei Raih Pingat Perak Keempat Olimpik 2016 Rio
Berakhirlah saingan badminton di sukan Olimpik 2016 sebentar tadi di Rio.


Debaran dan penantian empat tahun dan sepanjang dua minggu Olimpik Rio berlangsung kini sudah terjawab apabila Datuk Lee Chong Wei berhempas pulas bersaing di gelanggang Riocentro. Pingat perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara dalam perjuangan mengharumkan nama negara di temasya Olimpik 2016 di Rio kali ini.
Ternyata Chen Long yang melangkah yakin ke final memberikan saingan sengit membuatkan Datuk Lee Chong Wei berusaha keras untuk setiap mata dalam dua set 21-18, 21-18. Membahu beban besar harapan untuk meraih pingat emas pertama Malaysia, pemain badminton perseorangan pertama negara ini telah mencuba sedaya upaya dengan segala keringatnya.

Mungkin lagu Negaraku tidak berkumandang di Riocentro tetapi jiwa dan semangat bersatu hati seluruh rakyat Malaysia menjadi teras utama sukan badminton telah meraih lebih dari sebutir pingat emas. Bendera Malaysia tetap berkibar dan Datuk Lee Chong Wei berjaya meletakkan dirinya di podium yang menjadi impian ramai pemain badminton dunia. Pingat gangsa menjadi milik pemain dari Denmark Viktor Axelsen yang turut berjaya menundukkan Lin Dan.

Perjuangan Malaysia kini berakhir dan tahniah GLAM Lelaki layangkan buat semua atlet kebangsaan serta semua pegawai dan petugas yang terbabit secara langsung untuk Olimpik 2016 di Rio de Janeiro. Kini semua boleh berehat panjang dan meraikan kejayaan diluar jangkaan buat kontinjen Malaysia yang berjaya membawa pulang empat perak dan satu gangsa. Jumpa lagi empat tahun nanti di Olimpik Tokyo 2020.
Sekali lagi setinggi-tinggi TAHNIAH buat team Malaysia!
Foto: Facebook Team Malaysia & Olympic
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











