KLFW ’16 HARI PERTAMA & KEDUA : ‘ACT CASUALLY’ ADALAH KOD KATANYA
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) sekali lagi menyengat kalendar sosial lokal. Berkumpulnya pemain-pemain kuat fesyen tempatan – daripada media ke pembeli fesyen ke selebriti sehinggalah sosok-sosok yang tak tahu apa sumbangannya kepada industri fesyen kita. Walau apapun, semua mereka ini jugalah yang mewarnai gelanggang fesyen kita.
Teks: Ardi Idewani Zaini

Belakang pentas koleksi Comoddity. Gambar: Ryan Mohamad
Menariknya KLFW tahun ini, himpunan lelaki pula menjadi pembuka pentas hari pertama. Terlihat wajah-wajah lelaki lokal datang bertandang, tanda sokongan buat jenama lelaki tempatan. Tidak hairan mengapa hari pertama sahaja ada dalam lebih tiga jenama lelaki dipentaskan. Malaysia’s menswear is a booming market now?
Secara am, boleh disimpulkan ‘casual game strong’ di atas pentas lelaki untuk hari pertama dan kedua KLFW. Dipengaruhi budaya gaya jalanan, dicampur entiti kasual musim panas dan jujukan stail yang tidak begitu rumit. Barangkali pasarannya bertepatan dengan selera ‘iklim panas’ kita. Mungkin. Prinsip ‘Business at the front, party at the back’, turut mengatur estetika menswear kali ini. Di mana fokus pereka-pereka diberikan kepada princian pada belakang bodice, mencadangkan elemen kejutan.
Menyentuh fasal pembuka pentas, lega rasa hati bila Meg KL dipilih sebagai ‘opening’. Himpunannya cukup padu! Warna-warna semulajadi, hijau militari dan tiada palet mengejut. Denim turut diselitkan, bagi menjulang estetika kasual yang cuba diketengahkan. Potongan bersih, tiada penataan gaya berlebihan. Just clean and straightforward – kemeja longgar dengan seluar potongan slim, kemeja T siluet besar dengan seluar potongan slim dan sut dipakai bersama kemeja T putih. Mencerminkan imej lelaki lokal ultra moden, yang mengkehendaki faktor keselesaan dalam susun atur penggayaannya.

Belakang pentas koleksi Meg KL. Gambar: @meg_kl
Hipster by Zery Zamry bergelumang dalam angan idealistiknya fasal Fairytale. Langsung, Zery cuba mengolah estetika ‘magis dalam fesyen’ – menjelaskan corak bintang pada ceraian baju panasnya, kerna mahu dikaitkan dengan tema. Dan magis ini diteruskan lagi dengan mainan palet warna terang, dipadukan bersama warna emas, hijau militari dan motif corak haiwan untuk mengimbangi mainan warna-warna ini, cubaan Zery untuk berinovasi. Disuntikkan dengan fahaman ‘hipster’, jejaka-jejakanya hadir dalam mod agresif dan ditambah lagi palitan aspek sporty, bukan hanya menepati musim sukan Olimpik Rio, malah akur dengan pasaran lelaki sekarang yang sukar dikekang dengan sportswear.

Antara koleksi Hipster by Zery Zamry. Gambar: @zeryzamryofficial
Rejim Nasty Inc pula datang menyerbu dalam himpunan serba hitam dan serba ringkas. Street style and skater boys all the way. Merai erti sebenar gaya jalanan. Perincian-perincian yang melambangkan ‘pemberontakan’ – dari segi corak-coraknya dan seni tampalannya – mendukung identiti Nasty Inc. Ia ditutup dengan kehadiran model lelakinya ‘membaling’ duit RM 100 palsu dengan logo tengkorak, sekurang-kurangnya ada sedikit drama.

Nasty Inc. di KLFW2016. Gambar: @nastyinc
Berani adalah nama panggilan buat Moto Guo. Moto membawa pengalaman Milan-nya ke minggu fesyen Kuala Lumpur. Model-model lelakinya masih lagi dioles seakan-akan wajahnya raw dan berjerawat (grooming yang sama disaksikan di Milan). Himpunannya saban musim tidak pernah tak segar. Ada saja tema, penggayaan dan rekaannya. Yang paling dia pentingkan, siluet… siluet dan siluet! Bulkier, bolder, chunkier, bigger. Perincian feminin diadun, memerihalkan idea keseluruhan yang ada nilai whimsical. Lari daripada kod masculinity sebenar. Selain itu, fabrik corak checks mikro turut dipersembahkan – idea dicolek daripada kain alas berkelah – kena dengan temanya, Picnic In the Society.

Koleksi Moto Guo di KLFW2016. Gambar: KLFW2016
Sekali lagi, legasi kasual dilestarikan di hari kedua. Comoddity memperjuangkan elemen dreamy pada persembahan gayanya. Model-modelnya berjalan berkaki ayam. Dan aksesori ranting kayu…? Kerana perekanya, Vincent Siow mahu jejaka-jejakanya seakan-akan menikmati alam semulajadi dalam sikap acuh tak acuh. Jadi, bila alam semulajadi adalah fokusnya, dia hubungkan semua itu dengan inspirasinya yang berkaitan dengan budaya kaum Iban. Itu menjelaskan mengapa motif corak bunga terung pada ceraian-ceraian jaket bomber, kemeja T dan sut. Kemeja T Comoddity mencorakkan bunga terung secara literal yakni pada kedua-dua bahu, ala lelaki Iban. Sudah tentu, yang menjadi highlight adalah sut penuh corak bunga terungnya.



Belakang pentas Comoddity. Gambar: Ryan Mohamad
Dan bercakap fasal ilham street style dan pemberontak pada hari pertama (di pentas Nasty Inc), aura yang sama dirasai di atas pentas JTNC by Justin Chew. Justin dipengaruhi sedikit semangat kesukanan. Hoodie, jean, jaket denim, kemeja T besar dan sudah tentu, stoking! Kami suka dengan ideanya yang menggabung padan jingga dan hitam yang nampak berjaya pabila disatukan. Atmosfera yang dilihat pula lebih kepada attitude si lelaki yang laid-back dan seolah-olah nampak seperti individu yang ‘he knows what he’s doing’. Seluar jean yang koyak rabak dengan hemming dipotong senteng sehingga terkeluar raw edges, benar-benar menterjemahkan lelaki yang tidak kompleks daya pemikirannya.

Belakang pentas koleksi JTNC BY Justin Chew. Gambar: Ryan Mohamad

Antara koleksi JTNC BY Justin Chew. Gambar: Ryan Mohamad
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS
COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas.
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.